Jom kahwin! Karnival perkahwinan tampilkan keunikan budaya antara kaum! Keunikan dalam perbezaan!
Published byKarnival Jom Kahwin yang diadakan di Taman Botani di Taiping, Perak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengunjung dan pelancongan.
Ia menjadi daya tarikan kerana pengunjung dapat melihat keunikan pameran pelbagai adat perkahwinan yang dipamerkan seperti perkahwinan orang melayu, Cina, India, Orang Asli, Baba Nyonya, Bajau, Iban, Sikh, Siam dan Ceylonese.

Keindahan kepelbagaian
budaya perkahwinan yang dipertonton selama dua hari bermula 20 hingga 21 Jun 2026 itu mempunyai susun atur yang menarik bagi
sesuatu perkahwinan termasuk persiapan bagi sesuatu adat perkahwinan seperti merisik, meminang dan menetapkan tarikh perkahwinan.
Program ini adalah
sebuah platform penting yang bukan sahaja meraikan keindahan dan keunikan adat
istiadat pertunangan dan perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi juga
menekankan tiga pengajaran utama iaitu kepentingan mewarisi adat sebagai
penjaga jati diri bangsa, perpaduan yang terjalin melalui pemahaman dan
penghormatan terhadap perbezaan, serta hakikat cinta yang melangkaui segala
aspek material majlis perkahwinan.
Program ini juga menyoroti potensi besar dalam sektor pelancongan dan ekonomi tempatan melalui industri perkahwinan yang pelbagai. Ia menggalakkan penggiat industri untuk terus berperanan sebagai duta budaya Malaysia, sambil mengingatkan bahawa perpaduan dan keharmonian negara terbina dari sikap saling menghormati dan menyayangi pada semua peringkat masyarakat.

Pengarah Program, Datin Seri Norisha Abdul Rahman berkata, melalui kanival ini kita memperkenal budaya setempat dan memperomosi budaya.
Beliau
berkata, pelancongan bukan sahaja ingin mengunjung tempat menarik tetapi ingin
mengenali cara hidup dan adat resam budaya pelbagai kaum di negara ini.
“Program ini
mampu memperkukuhkan budaya dan khazanah warisan negara.
“Karnival ini jelas menjadi medan pembelajaran yang menyeronak khususnya generasi muda untuk memahami dan mewarisi budaya perkahwinan,” katanya di Taiping pada 20 Jun 2026.

Sementara
itu, iIsteri kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini, Puan Seri Zavirah
Shaari ketika merasmikan program itu berkata, perkahwinan pelbagai kaum dilihat
bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi juga penyatuan dua keluarga dengan
adat dan tradisi yang berbeza.
Menurut
beliau, keindahan ini terserlah apabila dijayakan dalam satu majlis yang
dihadiri pelbagai kaum, mencerminkan keistimewaan Malaysia.
“Setiap adat
membawa maksud yang sama, iaitu meraikan cinta dengan iringan doa restu. Adat
pertunangan dan perkahwinan mengajar tentang tertib, hormat kepada orang tua,
restu keluarga dan nilai bermasyarakat,” katanya.
Beliau berkata, memelihara adat bermaksud memelihara jati diri bangsa. Ini akan melahirkan rasa hormat yang mendalam terhadap budaya Malaysia.
Zavirah berkata, program ini adalah sebuah platform penting yang bukan sahaja meraikan keindahan dan keunikan adat istiadat pertunangan dan perkahwinan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi juga menekankan tiga pengajaran utama iaitu kepentingan mewarisi adat sebagai penjaga jati diri bangsa, perpaduan yang terjalin melalui pemahaman dan penghormatan terhadap perbezaan, serta hakikat cinta yang melangkaui segala aspek material majlis perkahwinan.

Menurut
beliau, program ini mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan dan
ekonomi tempatan kerana industri perkahwinan melibatkan pelbagai pihak
(perancang majlis, pereka busana, katering, dan lain-lain).
Sehubungan itu, katanya, penggiat industri perkahwinan digalakkan untuk terus menjadi duta kecil budaya Malaysia melalui rekaan busana, hiasan pelamin, fotografi, dan persembahan. - KitaReporters

