Video| Bayar seikhlas hati! Tapi ada bayar 10 sen? Cara unik remaja OKU niaga! Jual air tembikai!
Published byTetapi sebuah gerai menjual air tembikai di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru mengenakan konsep unik iaitu ‘bayar seikhlas hati’.

Cara unik jual air tembikai membuat ia tular
Gerai air tembikai ini diusahakan oleh seorang remaja orang kurang upaya (OKU) lembam bernama Muhammad Zufar Azman, 17.
Gerai Air Tembikai Zufar ini terletak di hadapan rumah orang tuanya yang dibuka sejak awal tahun 2025. Ketika itu sambutannya sederhana sahaja.
Ia mula mendapat perhatian (tular) setelah gerai air tembikai itu tersiar dalam laman sosial terutama TikTok Zufar Azman.
Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pasir Gudang 2 ini minat berniaga tetapi menghadapi masalah mengira.
Sebagai alternatif Zufar dengan bantuan keluarga menguna konsep baru berniaga bagi mengurangkan komunikasi dengan pembeli.

Dia cuma meletak satu tabung dan banner tulisan ‘bayar seikhlas hati’. Ini bererti Zufar tidak akan mengembalikan lebihan bayaran yang diberi.
Namun ia diialah erti oleh sejumlah pembeli. Ada yang hanya meletakkan wang 10 sen setelah mengambil secawan air tembikai.
Namun masih banyak yang memberi bayaran setimpal dengan harga minimum RM1. Malah ada yang memberi sehingga RM5 hingga RM10 bagi menghargai perniagaan remaja OKU ini. Malah Zufar pernah menerima bayaran RM100 bagi secawan air tembikai daripada seorang pembeli.
Memandangkan Zufar masih bersekolah, dia mengupah seorang pekerja tetap serta dua pekerja sambilan yang terdiri daripada rakan-rakan sekolahnya. Ketika lapang Zufar turut berada di gerainya.

Minat Zufar dalam perniagaan turut mendapat galakan daripada orang tua dan adik beradiknya. Zufar juga perlu mengambil ubat tertentu secara berkala untuk menguat kesihatannya.
Selain mencari untung, Zufar juga membuat amal. Dia memberi secawan air tembikai secara percuma kepada kanak-kanak sekolah yang kurang kemampuan.
Tembikai dikisar dengan blender (pengisar) di gerai dan hasil keuntungan jualan air tembikai itu dapat membantu meringankan kehidupan sekeluarga.
Zufar mengimpi menjadi seorang usahawan berjaya di sebalik kekurangan dirinya.

Gerainya beroperasi bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam. Jualan mencecah 50 hingga 100 cawan sehari. Jumlah meningkat pada hari Jumaat yang dibuka sejak pagi di mana ramai yang membuat sumbangan infak.
Sementara itu, menurut abangnya, Muhamad Rifai Azman, 29, idea membuka gerai itu timbul bagi melatih adiknya hidup berdikari selepas tamat sekolah, memandangkan Zufar mempunyai keterbatasan dalam mengira wang baki.
