Tahniah TH! Dinobatkan Pengurusan Haji Terbaik Dunia! Anugerah Labaytum Diamond! 2 tahun berturut!
Published bySetelah sekian lama menyusun persiapan dan berhempas pulas Lembaga Tabung haji (TH) membela nasib jemaah haji dengan pengurusan yang terbaik akhirnya penat lelah tersebut terbalas.

Malaysia terus mengungguli pengurusan haji terbaik dunia setelah berjaya menjadi contoh kepada negara luar.
Pengiktirafan berprestij daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 30 Mei 2026 melakar sejarah setelah meraih anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi menerusi anugerah kategori tertinggi, Anugerah Labaytumn Diamond 2026.
Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangan TH dalam menyelia dan mengurus tadbir serta menjaga kebajikan jemaah haji sepanjang musim haji 1447H bersamaan 2026M.
Keupayaan TH menjaga kebajikan dan kesihatan jemaah haji memperlihat amanah serta kemampuan kerja berpasukan yang menjadi contoh kepada dunia.
Anugerah tertinggi untuk kategori Diamond (Berlian) tersebut merupakan anugerah yang kini diterima dua tahun berturut-turut (2025 dan 2026) serta kemenangan kelima TH dalam sejarah penyampaian Anugerah Labaytum.
Pengiktirafan tertinggi ini jua mencerminkan kecemerlangan berterusan TH dalam mengurus dan menyampaikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para dhuyufurrahman.
Anugerah tersebut diterima bagi pihak TH dan Malaysia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk Hal-Ehwal Islam , Senator, Dr Zulkifli Hasan.

Kejayaan besar ini seharusnya diteladani negara-negara luar bagaimana kaedahnya memberi pengurusan terbaik kepada jemaah haji di negara masing-masing.
Dengan selia urus yang terbaik seperti Malaysia, ia memberi banyak manfaat kepada jemaah haji dari segi kebajikan mahupun kesihatan mereka.
Sebenarnya setiap tindakan negara-negara jèmaah haji bukan sahaja dipantau oleh Arab Saudi sebaliknya dihalusi dan diteliti sebelum dinobatkan atau menerima apa jua anugerah.
Syabas dan tahniah kepada TH setelah berjaya menjadi contoh kepada dunia untuk diteladani. - KitaReporters

