3,000 bubur lambuk diedar! Untuk komuniti! Hasil semangat berkongsi, memberi inDrive, rakan pemandu!
Published bySempena bulan Ramadan yang penuh dengan semangat berkongsi dan memberi, inDrive platform mobiliti global, telah mengedarkan 3,000 pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan dan komuniti di Kuala Lumpur, sekali gus membawa juadah tradisional Ramadan kepada mereka yang setiap hari memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan bandar ini.


Inisiatif komuniti ini menyaksikan inDrive bekerjasama dengan rakan pemandunya untuk mengagihkan hidangan panas tersebut di seluruh bandar, termasuk hospital kerajaan, kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), bazar Ramadan, dan kuarters bomba.
Usaha ini menjadi lebih bermakna dengan penglibatan rakan pemandu inDrive yang, secara sukarela, meluangkan masa mereka untuk membantu mengedarkan juadah kepada kawasan kejiranan berhampiran.
Selain menjalankan peranan harian mereka membawa penumpang, rakan pemandu turut menyertai inisiatif ini sebagai satu cara untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang mereka layani setiap hari.
Program ini juga menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan antara rakan pemandu inDrive dan komuniti setempat, sekali gus menonjolkan peranan mereka yang melangkaui perkhidmatan mobiliti semata-mata.

“Sebagai individu yang bekerja rapat dengan rakan pemandu kami setiap hari, saya melihat sendiri dedikasi mereka dalam berkhidmat kepada komuniti.
"Ramadan merupakan waktu untuk bermuhasabah, berkongsi rezeki dan mengeratkan semangat kebersamaan. Melalui inisiatif ini, kami ingin berkongsi semangat tersebut sambil menghargai komuniti serta petugas barisan hadapan yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan bandar ini,” kata Azlan Anwar, Pengurus Operasi Pemandu, inDrive Malaysia.
Sebagai platform yang komited terhadap nilai keadilan, keterangkuman dan kesaksamaan, inDrive terus menyokong komuniti di Malaysia melalui penyelesaian mobiliti yang mudah diakses, di samping menyumbang kepada impak sosial yang positif. - KitaReporters/Kenyataan Media

