Rakyat jadi mata, telinga pihak kuasa! Sindiket seludup RON95 tumpas! KPDN Perak laksana Kita Gempur!
Published byPelbagai taktik digunakan oleh sindiket untuk mengaburi pihak berkuasa bagi mengaut keuntungan. Walau bagaimanapun kegiatan mereka itu akhirnya ditumpaskan oleh KPDN Perak.


Ini terbukti apabila sepasukan Pegawai dan anggota Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak Cawangan Gerik berjaya membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan ialitu minyak petrol RON95 melalui Op Tiris di Pengkalan Hulu, Gerik, Perak.
Operasi yang dilaksanakan pada
jam 12 tengah hari 26 Mac 2026 itu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Gerik telah berjaya menahan tiga buah kenderaan yang disyaki telah
diubah suai tangki asal kenderaan bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelewengan
petrol.
Modus
operandi sindiket adalah dengan membuat pengisian petrol di stesen-stesen
minyak berhampiran secara berulang kali sebelum keluar masuk ke negara jiran.
Pasukan Penguat Kuasa KPDN Perak berjaya menahan tiga buah kenderaan iaitu dua buah kereta Mercedes dan sebuah kereta Toyota Camry yang telah diubah suai pada tangki asal bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelewengan petrol.

Pengarah
KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, modus operandi sindiket adalah
dengan membuat pengisian petrol di stesen-stesen minyak berhampiran secara
berulang kali sebelum keluar masuk ke negara jiran.
Beliau
berkata, tiga lelaki tempatan berumur antara 60 hingga 70 tahun ditahan untuk
siasatan lanjut.
“Tindakan
kes diambil dengan menyita tiga buah kenderaan berpendaftaran tempatan dan
merampas 450 liter minyak petrol RON95 yang disimpan di dalam tangki ubah suai
ketiga-tiga kenderaan tersebut dengan nilai rampasan berjumlah RM15,741.50,”
katanya dalam kenyataan pada 27 Mac 2026.
Kamalludin
berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki
melakukan kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual minyak
diesel tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Sehubungan
itu beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang
didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyelewengan barang-barang
kawalan dan akan memastikan tindakan lebih tegas termasuklah pendakwaan di
mahkamah.
Menurut beliau, KPDN akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan melalui Inisiatif Kita Gempur sebagai langkah strategik kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu manipulasi aktiviti perniagaan termasuk usaha mencegah penyelewengan barang kawalan, mengekang penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang), membanteras monopoli dan kewujudan kartel.

Dalam pada
itu, masyarakat/pengguna disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak
berkuasa bagi menyalurkan maklumat-maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang
kawalan bersubsidi.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan untuk bersama-sama membanteras aktiviti ini daripada terus berlaku dan dapat mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi Kerajaan melalui saluran-saluran seperti berikut:
- i) Aplikasi WhatsApp ke 019-848 8000;
- ii) Portal [email protected];
- iii) Call centre 1 800 886 800; dan
- iv) Aplikasi
telefon pintar Ez Adu KPDN. - KitaReporters
