Subsidi diesel! Penternak lembu, kambing rayu bantuan! Kenaikan harga global! Guna diesel di ladang!
Published byPara penternak lembu dan kambing di daerah Segamat memohon agak pihak kerajaan membantu meringankan beban mereka dengan bantuan subsidi diesel yang lebih banyak akibat kenaikan harga minyak global rentetan perang timur barat baru-baru ini.

Kalau kita lihat secara mata kasar, industri penternakan sepatutnya tidak terkesan dengan peperangan di timur barat tetapi realitinya industri ini turut menggunakan pengangkutan dan minyak diesel sebagai bahan utama dalam operasi sehariannya.
Penulis berpeluang menemui pemilik Abang Adik Agrofarm, Suraya Sulong, 45, seorang penternak lembu dan kambing yang sedang berjuang dan bertahan membeli minyak diesel dengan harga tinggi bagi keperluan pengangkutan di ladangnya.
"Kalau hendak ikutkan makanan lembu-lembu ini tidaklah naik harga terlalu banyak. Sebagai contoh harga dedak sejak tahun lalu sudah naik sedikit tetapi kami mempunyai alternatif lain bagi makanan lembu-lembu ini.
"Kami gantikan dengan rumput segar dari tepi sungai, bahan buangan seperti kulit pisang, buah-buahan terbuang dan lain-lain lagi.

"Namun yang paling kami terkesan adalah kenaikan harga diesel kerana diesel menjadi keperluan utama kami para penternak untuk digunakan bagi pengangkutan jentera Kubota untuk mengangkut makanan lembu.
"Selain itu, kami juga guna diesel untuk penggunaan 'chopper' atau pemotong dan pam air di dalam ladang. Dengan harga diesel naik, kami sangat tertekan,"katanya ketika ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Segamat pada 23 April 2026.

Pemilik kepada kira-kira 120 ekor lembu itu berkata, selain subsidi diesel, dia juga memohon pihak kerajaan menyekat kemasukan lembu import terutama dari Thailand.
"Kemasukan lembu-lembu ini akan memberi kesan kepada penternak tempatan kerana kami mempunyai bekalan lembu jantan yang banyak di kandang.
"Jika nisbah lembu jantan lebih banyak daripada lembu betina, lembu jantan ini akan mengamuk dan boleh merosakkan infrastruktur kandang.
"Jadi kami perlu menjual sebanyak boleh lembu jantan ini bagi mengelakkan lambakan lembu di dalam kandang,"kongsinya.

Harga runcit diesel semasa di Semenanjung sehingga hari ini
23 April 2026 ditetapkan RM5.12 seliter, manakala di Sabah dan Sarawak kekal RM2.15
seliter.
Kesian juga kita pada penternak-penternak ini. Kos makin meningkat.
Diharapkan mereka mampu bertahan dan kerajaan dapat menyalurkan lebih banyak lagi bantuan untuk mereka berjuang dalam industri penternakan ini. - KitaReporters
