McDonald's Malaysia mengesahkan sumbangannya sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). 

Langkah ini adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Usul Perdana Menteri untuk memperuntuk RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen McDonald's Malaysia untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza. 

Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini. 

Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar. 



Sumbangan McDonald’s Malaysia ke Dana Kemanusiaan Palestin ini akan secara langsung menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, lantas memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut. 

Bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat. 

Komitmen McDonald's Malaysia tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan. McDonald's Malaysia yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting ini. 

Selain sumbangan ini, McDonald's Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana. McDonald's Malaysia berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza. - KitaReporters/Kenyataan Media

16
11
0
11
0

Copy Link: