Mawar Karim duta V Ultimate Wellness! Buka 5-6 enam lagi cawangan di Lembah Klang! Sasar ke Thailand!

Published by
KitaReporters


V Ultimate Wellness Group baru-baru ini telah melantik duta baharunya iaitu Mawar Karim, seorang usahawan dan selebriti, selari dengan matlamat pemasaran kumpulan itu untuk mengembangkan lagi perniagaan kumpulan tersebut.

V Ultimate berhasrat untuk melebaran sayap perkhidmatannya ke Thailand selain membuka lima hingga enam lagi cawangan di Lembah Klang.

Pada hari pengumuman Mawar itu juga syarikat telah turut melancarkan dua produk baharu mereka iaitu perkhidmatan untuk 'anti-aging' Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk perapian rambut.



V Ultimate Wellness Group adalah di antara syarikat yang terkenal kerana memberikan perkhidmatan kecantikan inovatif terbaik dalam industri kecantikan Malaysia.

Lima jenama utama yang bernaung di bawah pengurusan V Ultimate Group adalah DrNano, H2G, Hairva+, Ava, Deaumist, MY Thai dan MY Tradisi.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1999 itu dikenali dalam kalangan pengguna kerana penggunaan teknologi yang canggih untuk penjagaan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan produk penjagaan rambut merupakan strategi utama kumpulan tersebut.

Sehingga kini lima jenama tersebut berjaya mengembangkan perkhidmatan kepada 32 cawangan di seluruh negara dengan lebih 200 tenaga profesional dan terus berkembang maju.

Individu yang bertanggungjawab menjadikan tujuh jenama berkenaan atau V Ultimate Group terkenal ialah Fiona Gan. Sebagai pengasas V Ultimate Group, Fiona amat berpengalaman  dalam industri kecantikan dan merupakan seorang usahawan berjaya.



Kumpulan V Ultimate Group berhasrat untuk mengembangkan lagi terapi urutan keluarga yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun lalu.

MY Thai dikenali sebagai spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawatkan harga berpatutan.

Selain itu, kumpulan ini berhasrat untuk menambahkan lagi antara lima atau enam cawangan di Lembah Klang sejak bermula pada 2019 dengan MY Thai sebagai jenama utama.

Manakala, MY Tradisi pula ditubuhkan untuk memanfaatkan 70 peratus permintaan pasaran Bumiputera yang berpotensi serta mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan Malaysia yang tersendiri.

Untuk itu kumpulan V Ultimate Group juga memperkenalkan duta baharunya iaitu Mawar Karim pada hari ini selari dengan matlamat pemasarannya.

Pada hari itu juga syarikat ini turut melancarkan dua produk baharu mereka iaitu perkhidmatan untuk 'anti aging' Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk  perapian rambut.



Fiona Gan merupakan pengasas dan teraju utama kumpulan V Ultimate Wellness. Beliau merupakan seorang usahawan terkenal dalam industri kecantikan dan estetik dengan pengalaman lebih 25 tahun.

Sebagai seorang pakar, beliau percaya penggunaan produk berkualiti tinggi dengan teknologi serta teknik terkini masih boleh dinikmati orang ramai pada kadar harga yang berpatutan.

Dek falsafah inilah, Fiona sentiasa memberi perhatian terperinci dan yakin terhadap pendekatan holistik yang telah mengekalkannya sebagai ketua sehingga kini.

Kelebihan yang dimiliki Fiona dalam bidang yang diceburi, membolehkannya membina portfolio jenama yang disegani dan memberikan perkhidmatan merentasi spektrum kesihatan dan kecantikan. - KitaReporters/Kenyataan Media


19
15
0
8
0

Copy Link: