Ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  - Kredit foto; The Star


BARU-BARU ini (8 Januari 2023), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan agensi-agensi pelancongan bakal menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir berikutan kenaikan mendadak harga hotel di Mekah dan Madinah.

Namun, itu tidak mematahkan semangat para jemaah haji tahun 1444H/2023H ini kerana setakat ini belum ada lagi maklumat terbaharu mengenai kos dan bayaran mengerjakan haji yang dijangka mengalami peningkatan kos semasa.

Apa yang mengembirakan (jemaah haji) ketika ini adalah tentang kuota haji tahun 2023 kembali kepada jumlah asal oleh Arab Saudi dan sekali gus membuka peluang yang lebih besar kepada mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat haji di Tanah Suci


Malaysia berasa bersyukur dan lega apabila kerajaan Arab Saudi berbesar hati untuk meningkat kuota haji dari 14,306 jemaah sebelum ini kepada 31,600 jemaah iaitu tambahan sebanyak lebih 50 peratus atau 17,294 jemaah bagi 1444/2023M.

Berita baik itu dizahirkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, semalam (9 Januari 2023).

Menurutnnya, Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia telah membuat keputusan untuk menambah bilangan kuota jemaah Malaysia kali ini. 

Beliau turut memuji kecekapan pentadbiran Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik serta mengekalkan tahap layanan baik terhadap para jemaah haji (Malaysia) dan seharusnya dijadikan contoh kepada pihak lain.

"Saya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi," katanya melalui satu kenyataan hari ini.




Pada tahun 2022, Kerajaan Arab Saudi hanya meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus akibat wabak pandemik Covid-19 berbanding kuota tahunan yang biasa (30,200 orang) atau 0.1% daripada jumlah penduduk sesebuah negara berkenaan.

Manakala kos dan bayaran untuk menunaikan haji Muassasah adalah sebanyak RM10,980 untuk kumpulan B40 dan RM12,980 untuk kumpulan bukan B40 bagi seorang jemaah.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas. 

Untuk rekod (13 Oktober 2022), kini terdapat seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji. - KitaReporters


Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan kuota 31,600 jemaah haji Malaysia bagi 1444/2023M. - Kredit foto: Kosmo


Sumber:

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/thu-10132022-1200/sistem-pendaftaran-dan-giliran-haji

16
7
0
12
0

Copy Link: