Taktik rompak bank dah berubah! Kini mesin ATM jadi sasaran penjenayah! Tingkatkan tahap keselamatan!

Published by
KitaReporters


SECARA umumnya, penggunaan  Mesin Juruwang Automatik (ATM), banyak memberikan manfaat kepada pengguna (pemilik akaun bank) untuk mengakses akaun bank mereka sama ada untuk melakukan pengeluaran wang tunai, deposit tunai, pembayaran kad kredit, pemindahan wang ke akaun lain serta semakan wang baki. 

Senang cakap, tidak perlu lagi mengambil nombor giliran dan menunggu nombor untuk dipanggil berurusan di kaunter.

Mesin ATM pertama kali diperkenal untuk melakukan pengeluaran wang tunai pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1980, mesin ATM telah dipertingkat dengan pelbagai fungsi iaitu selain daripada transaksi; ia juga boleh melakukan penyimpanan (deposit) dan pertanyaan baki. 

Ketika itu, lebih 3 juta pengguna mula berurusan dengan mesin ATM di seluruh dunia.

Bank tempatan pertama menggunakan mesin ATM ialah Maybank cawangan Ampang Park, Kuala Lumpur pada September 1981.

Kini, penggunaan mesin ATM semakin bertambah dan telah mengambil alih tugasan juruwang-juruwang di kaunter bank di seluruh dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jenayah rompakan

Keratan akhbar Berita Harian 30 September 2014.


Namun begitu, kemudahan yang disediakan oleh bank akhirnya menjadi inspirasi kepada golongan penjenayah sejak mutakhir ini, untuk melakukan rompakan atau mencuri wang pada mesin-mesin ATM dengan pelbagai kaedah seperti mengodam sistem (ATM), mengumpil, memecah dan meletup mesin ATM tersebut. 

Pada tahun 2014, negara digempar dengan kejadian sindiket ‘godam mesin ATM’ membabitkan warga Amerika Latin dengan menggunakan sim kad telefon dan memasukkan virus ‘ulssm.exe.

Kumpulan sindiket tersebut berjaya mengeluarkan sejumlah besar wang di beberapa mesin ATM seperti di Petaling Jaya (kecurian RM303,000), Dataran Sunway (RM285,700), Seksyen 14 Petaling Jaya (RM395,850) dan Kota Damansara (RM221,160). 


Imbas kembali kejadian pada 18 Jun 2020 aksi seorang perompak bersenjatakan sebilah sabit bertindak nekad dengan menjadikan seorang wanita sebagai tebusan dalam rompakan sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. 


Jika dahulu, perompak-perompak bertindak meluru masuk ke premis-premis bank dengan mengacukan senjata (pistol, pedang, pisau dan lain-lain) dan menjadikan pelanggan atau kakitangan bank sebagai tebusan. Mereka kemudiannya  memaksa pegawai atau juruwang di kaunter memasukkan sejumlah wang dalam tempoh yang singkat ke dalam karung atau beg khas (penjenayah) sebelum  beredar.

Taktik merompak (cara lama) kini bertukar kepada yang lebih canggih dengan menggunakan kecanggihan teknologi  seperti sistem godam dan peralatan moden seperti menggunakan gas (Oxy Acetylene) atau bahan letupan C4 atau bom buatan sendiri untuk meletupkan mesin ATM.



Dua mesin ATM musnah selepas suspek berjaya meletupkannya dan melarikan wang tunai sebanyak RM349,000 di Setia Alam, Selangor. - Foto kredit: FMT


Pada 23 Februari 2023, Polis Daerah Shah Alam sedang memburu tiga suspek dipercayai melarikan sejumlah RM349,000 selepas meletupkan dua mesin ATM di sebuah bank di Setia Alam, Selangor.

Antara beberapa kes rompakan mesin ATM yang dilaporkan sepanjang tahun 2019 hingga 2023:

BIL.

TAHUN / TARIKH

KEJADIAN

1.

23 Februari 2023

 

Tiga suspek berjaya melarikan sejumlah RM349,000 selepas meletupkan dua mesin pengeluaran Wang Automatik (ATM) di sebuah bank di Setia Alam, Selangor.

2.

11 Januari 2022

 

Polis berjaya  memberkas seorang lelaki daripa tiga lelaki yang disyaki melakukan cubaan memecah mesin ATM di Taman Botanik, Bukit Tinggi Klang pada jam 6.46 pagi Jumaat.

3.

9 Februari 2022

 

Dua suspek meletupkan mesin ATM pada jam 4.50 pagi di sebuah kedai serbaneka di Meru, Klang dan melarikan wang tunai RM260,000.

4.

8 Februari 2022

 

Polis menahan dua lelaki yang disyaki memecah mesin ATM di sebuah pasar raya Jalan Segamat-Kuantan dan gagal melarikan wang tunai sebanyak RM77,000.

5.

 

Seorang lelaki warga asing cuba memecahkan mesin ATM di sebuah bank di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Suspek gagal membuka peti wang simpanan apabila alat penggera premis berkenaan berbunyi.

6.

22 Oktober 2022

 

Seorang lelaki gagal memecah mesin ATM di sebuah bank Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

7.

24 Jun 2021

Seorang suspek lelaki diberkas oleh polis kerana cuba memecahkan mesin ATM di sebuah bank Balik Pulau, Pulau Pinang. Kejadian berlaku jam 10 malam dan penjenayah tersebut gagal melarikan wang kerana siren kecemasan telah berbunyi.

8.

13 Disember 2021

Empat lelaki gagal menarik mesin ATM menggunakan kabel dan rantai besi di sebuah kiosk milik sebuah bank di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

9.

14 Disember 2020

Empat atau lima suspek meletupkan mesin ATM di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, Klang dan melarikan RM260,00. Kejadian berlaku jam 5.15 pagi dan kesemua penjenayah memakai topeng muka.

10.

13 Ogos 2019

Dua lelaki bertopeng berjaya meletupkan sebuah mesin ATM di sebuah di Tanjung Malim, Perak. Insiden berlaku 6.45 pagi dan suspek melarikan wang tunai sebanyak RM300,000.

Kes rompakan mesin ATM di negara ini walaupun masih dianggap terkawal tetapi jumlah kes sentiasa meningkat setiap tahun.

Pihak bank seharusnya memastikan ciri-ciri keselamatan pada mesin ATM dan sentiasa dipertingkat seiring dengan kemajuan dan kecanggihan dunia moden hari ini.

Tidak kira sama ada mesin ATM itu terletak di premis bank itu sendiri atau pun di kedai serbaneka, stesen minyak, pusat membeli-belah atau pasar raya dan lain-lain.

Perlu diingatkan, walaupun teknologi sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, penjenayah juga sentiasa mencari jalan menggunakan teknologi terkini untuk merompak. - KitaReporters



Sumber:

https://ms.spazziodecor.com/benefits-risks-of-using-atm-machines-368

https://www.utusan.com.my/berita/2023/01/lelaki-mengaku-salah-tumbuk-mesin-atm/

https://malaysiadateline.com/tidak-tahu-guna-atm-lelaki-kerugian-rm1000-dirembat-polis-bantuan/

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/02/920806/polis-tahan-dua-suspek-pecah-mesin-atm

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2014/09/8663/sindiket-godam-mesin-atm-guna-virus-pengarah-jsjk-bukit-aman

https://www.sinarharian.com.my/article/187103/suara-sinar/lidah-pengarang/tahap-keselamatan-mesin-atm-perlu-ditingkatkan

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/591219/rompak-bank-suspek-umur-19-tahun-mati-ditembak-metrotv

9
15
0
14
0

Copy Link: