PERANAN media sebagai pihak yang berpengaruh dalam menyalurkan maklumat dan mendidik masyarakat tidak perlu dipertikai lagi. 

Mengambil tanggungjawab sosial itu, syarikat pemborong dan peruncit terbesar negara, Mydin Mohamed Holding bersedia menyediakan diskaun istimewa petugas media.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, semua petugas media di seluruh negara yang memegang kad perakuan media dari Jabatan Penerangan Malaysia bakal menerima ‘hadiah’ dan akan berpeluang menikmati diskaun istimewa dari pasar raya Mydin.



“Seramai 12,000 pemegang kad perakuan media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia akan menerima diskaun istimewa ini. Bentuk diskaun dan tarikh mula diskaun tersebut akan kami umum dalam sosial media rasmi Mydin dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, pemberian diskaun berkenaan diberikan sebagai komitmen dan penghargaan daripada pihaknya kepada kumpulan media yang banyak menyalurkan maklumat dan komunikasi yang tepat serta komprehensif kepada masyarakat.

Amer menambah penghargaan berkenaan turut mendapat sokongan Kerajaan Malaysia Madani yang terlalu mengambil berat di atas pengorbanan dan tugas media di negara ini.



Bagaimanapun bentuk diskaun yang dietapkan kepada kumpulan media belum dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beruntungnya golongan media, semoga diskaun yang ditawarkan Mydin mampu memberi manfaat kepada golongan media.

Terima kasih Mydin… hargai jasa kami! - KitaReporters

17
10
0
12
0

Copy Link: