Yayasan Alpro (Alpro Foundation), program CSR khusus daripada Farmasi Alpro, menjemput pesakit tiub pemakanan atau ahli keluarga mereka untuk mendekati dan mendapatkan sokongan melalui produk sokongan pemakanan yang ditaja.

“Sejak kami memulakan program penajaan ini pada 2019, dan kini kami telah menyokong lebih 250 pesakit. 

"Secara keseluruhan, kami telah membantu keluarga pesakit menjimatkan kira-kira RM6.13 juta untuk sokongan pemakanan.

"Terima kasih kepada sokongan yang berterusan daripada pelanggan Farmasi Alpro, kami sedang mencari 60 lagi pesakit tiub pemakanan dari mana-mana bahagian Malaysia untuk membantu mereka,” kata Ostwin Paw, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Alpro.



Kos untuk merawat pesakit yang menggunakan tiub pemakanan dan terlantar di atas katil, dianggarkan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, dan sokongan pemakanan sahaja adalah berharga dari RM1,000 hingga RM1,600. 

Ini adalah bukan sesuatu yang mampu dimiliki setiap keluarga, terutama golongan berpendapatan rendah.

Asas utama inisiatif ini ialah Metabolic Basic, iaitu produk sokongan pemakanan mampu milik yang dirumus oleh pakar pemakanan dan pakar diet Alpro. 

Mereka bekerjasama dengan rakan kongsi pengilangan mereka untuk memastikan ia berfungsi dengan baik termasuklah dengan mengurangkan pengunaan bahan pembungkusan yang tidak perlu untuk mengurangkan kos.

Program Penajaan Metabolic Basic dibiayai melalui jualan Metabolic Basic itu sendiri. 

Untuk setiap paket yang dibeli di Farmasi Alpro, satu paket didermakan kepada Yayasan Alpro bagi memastikan kitaran sokongan berterusan untuk pesakit yang memerlukan.



Yayasan Alpro menjemput ahli komuniti yang memerlukan untuk memohon bantuan melalui Program Penajaan. 

Pihak yang berminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan Farmasi Alpro untuk memohon. Semua dokumen, termasuk laporan perubatan terkini pesakit, maklumat peribadi pesakit, rekod perbelanjaan sedia ada, dan pengisytiharaan pendapatan pemohon, akan disemak dalam tempoh 7 hari bekerja selepas penyerahan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ini, sila hubungi 019-3881923 atau lawati

https://www.alpropharmacy.com/csr/. - KitaReporters/Kenyataan Media

13
9
0
12
0

Copy Link: