Projek tanam padi huma di Sik dan Baling! Untuk jadi daerah pengeluaran utama! Punyai potensi terbaik!

Published by
KitaReporters


Dua daerah di Kedah, Sik dan Baling dikenal pasti bakal menjadi daerah pengeluaran utama beras padi huma.

Kawasan sawah yang gagal mendapat bekalan air dan kawasan tanah yang sesuai ditanam padi huma terutama di kawasan bukit akan dilaksanakan tanaman padi itu tidak lama lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Pertanian Negeri Kedah (JPNK), Yuzaidi Azmi berkata tanah di daerah Baling dan Sik mempunyai potensi terbaik untuk tanaman padi huma.

Beliau berkata demikian kepada KitaReporters selepas majlis penyerahaan bantuan pertanian di Baling pada 26 Julai 2023. 


Yuzaidi Azmi sedang melihat beras padi huma


Beliau berkata, pihak Jabatan Pertanian akan membantu petani yang mahu mengusahakan tanaman padi huma di kawasan yang sesuai terutama tanah milik mereka sendiri.

Tegas beliau, peranan petani untuk mempertingkat ekonomi negara melalui tanaman padi huma kerana harga beras padi huma mahal berbanding harga beras jenis biasa.

Beliau menegaskan pihaknya mengenal pasti ada petani yang sedang mengusahakan tanaman padi jenis itu di daerah Sik dan Baling sejak berpuluh-puluh tahun lalu namun keluasannya agak terhad.



Yuzaidi menunjukkan paket beras padi huma yang dipamerkan


Sebelum itu beliau dalam ucapannya pada majlis itu mahu pengusaha ladang memberikan sokongan pada usaha jabatan pertanian terutama ladang durian dan tanaman lain peka pada usaha jabatan untuk membantu peladang dan pesawah dalam usaha mempertingkat hasil tanaman setiap musim.

Beliau juga merayu supaya para peladang dan pesawah menerima Pandangan jabatan dalam membantu peladang dan petani serta pesawah ke arah meningkatkan hasil ekonomi serta hasil perladangan dalam membantu ekonomi negara.

Para peladang juga digalakkan meluaskan tanaman cili dan halia sebagai hasil pertanian yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Pada majlis yang sama seramai 20 peladang menerima sumbangan mesin menebas rumput bagi membantu peladang dapat membersihkan ladang mareka secara mudah dengan mengunakan mesin berkenaan.

Turut hadir Pegawai Pertanian daereh Baling, Azlina Jamil dan lebih 200 pesawah dan peladang sekitar Baling. - KitaReporters


Yuzaidi bersama pesawah dan peladang yang terpilih menerima bantuan mesin pemotong rumput

 

13
13
0
10
0

Copy Link: