Dilantik semula! Ahmad Norihan diumum sebagai Pengerusi SKM! Berkuat kuasa mulai 15 Mac 2026!
Published bySuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan semula Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi SKM berkuat kuasa mulai 15 Mac 2026.


Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh lagi peranan SKM sebagai badan peneraju pembangunan gerakan koperasi negara, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sektor koperasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya saing.
Kepimpinan akan meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak gerakan koperasi kepada rakyat.
Pelantikan ini juga mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memastikan agenda pembangunan koperasi terus dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia Madani.
SKM yakin di bawah kepimpinan baharu ini, gerakan koperasi negara akan terus berkembang maju, berdaya tahan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara. - KitaReporters/Kenyataan Media
