Aduan Rakyat| Lindungi pesawah! Semak semula harga lantai padi! Bagi jamin sekuriti makanan negara!
Published by
Isu penetapan harga lantai padi dan isu subsidi menjadi antara fokus utama yang akan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang Parlimen akan datang.

Ini kerana, katanya, tekanan
kos tanaman padi semakin membebankan pesawah di seluruh negara.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti
semula dengan menetapkan harga lantai padi pada kadar lebih munasabah dan mekanisme subsidi agar lebih bersasar.
Katanya lagi, langkah itu perlu bagi memastikan kelangsungan sektor penanaman padi
yang menjadi sekuriti makanan negara tidak terjejas akibat peningkatan kos
operasi.
“Jika subsidi ingin dikurangkan atau dihentikan, maka harga lantai padi perlu ditetapkan berdasarkan kos sebenar pengeluaran supaya pesawah tidak terus mengalami kerugian,” katanya selepas sessi dialog dengan pesawah di Kampung Parit Haji Taib 3 di Bagan Serai, Perak pada 31 Mac 2026.

Hamzah yang
juga Ketua Pembangkang berkata, penetapan harga lantai akan memberi jaminan
pulangan pendapatan lebih stabil kepada pesawah, sekali gus mengelak pesawah meninggalkan
sektor itu.
Sehubungan
itu, beliau turut mencadangkan sebarang penjimatan daripada pengurangan subsidi
disalurkan semula kepada usaha menstabilkan harga beras dan memperkukuh
infrastruktur pertanian, termasuk sistem pengairan yang lebih efisien.
Menurut beliau, pendekatan tersebut secara tersusun mampu melindungi kebajikan pesawah dan memastikan bekalan beras negara terjamin.

“Ini bukan
soal menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya mencari jalan penyelesaian terbaik supaya
pesawah dapat terus bertahan tanpa dibebani kerugian malahan ia memastikan
sekuriti makanan negara terjamin,” ujarnya.
Hamzah
berkata, kegagalan menangani isu pesawah secara menyeluruh berisiko mendorong
pesawah beralih kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan dan, sekali gus memberikan implikasi besar kepada
pengeluaran beras domestik. - KitaReporters
