USIA CECAH 104 TAHUN!! TOK WAN MASIH POWER
Published byALAH bisa tegal biasa. Itulah yang berlaku kepada warga emas dari Pulau Tuba, Langkawi ini yang masih kuat mencari udang di laut walaupun usia mencecah 104 tahun! Melihat daripada sosok kurus wanita itu, pasti kita tidak sangka dengan kudratnya, dia masih mampu turun ke laut demi mencari rezeki. : KitaReporter.com

TOK WAN akan turun ke laut seawal 9 pagi bagi menangkap udang.
Mana tidaknya, kebanyakan individu seusianya hanya banyak berehat sahaja setelah memasuki fasa warga emas. Tetapi tidak bagi wanita hebat ini!
Menerusi perkongsian Twitter @amriothmann yang memuat naik gambar warga emas itu di Twitter pada 19 Disember 2019 lalu kerana kagum dengan semangat waja wanita berkenaan yang masih aktif mencari rezeki sebagai nelayan pada usia 104 tahun.
Warga emas berkenaan, Sepora Amin yang menetap di Pulau Tuba, Langkawi difahamkan masih lagi kuat menggunakan kudrat yang dikurniakan untuk mencari rezeki di laut sebagai seorang nelayan, walaupun telah berusia.

Sepora Amin atau Tok Wan.
Wanita yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Wan itu akan turun ke laut pada waktu pagi untuk menangkap udang dan kemudiannya menjemur udang berkenaan untuk diproses dan dijadikan sebagai belacan.
Malah, pekerjaan itu seperti sudah sebati dengan Sepora hingga dia tidak jemu turun ke laut setiap hari walaupun sudah lebih 90 tahun bergelar nelayan.
Menurut warga emas itu, dia menjadi nelayan sejak berusia 12 tahun dan turut menghasilkan tikar mengkuang untuk dijual kepada penduduk tempatan selain menangkap hasil laut.
Berkongsi aktiviti hariannya, Tok Wan berkata, dia akan ke laut seawal jam 9 pagi untuk menangkap udang, tapi sebelum 12 tengah hari, nenek akan pulang ke rumah dan meneruskan aktiviti membuat tikar mengkuang pula pada sebelah petang. - KitaReporters.com

WALAUPUN lebih 90 tahun menjadi nelayan, namun warga emas tetap rajin melakukan rutin harian demi kelangsungan hidup.
Tweet berkenaan sudah pasti mencuri perhatian netizen dan sehingga artikel ini ditulis, ia telah diciap semula sebanyak 13,800 kali.
Sebenarnya, wanita berkenaan tidak berkeseorangan kerana walaupun menetap bersendirian selepas kematian suaminya 11 tahun lalu, namun kediamannya berhampiran dengan anak-anak dan cucunya.
Rata-rata netizen memuji kerajinan warga emas itu yang masih lagi meneruskan aktiviti tanpa jemu.
Semoga kisah Tok Wan menjadi inspirasi kepada semua terutama generasi muda hari ini, yang satu hari nanti akan jadi tua juga. - KitaReporter.com
