TERBAIK BOH!! TERIMA KASIH MUSTAQIM KUMAR

Published by
KitaReporters
RAMAI antara kita mengetahui bahawa Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) telah menyerang satu dunia termasuk di Malaysia. Maka, sebagai manusia kita semua perlulah ambil langkah berjaga-jaga agar dapat dihindari. : KitaReporters.com

Ini juga telah dilakukan oleh seorang lelaki bagi menghalang virus ini menyerang kanak-kanak yang bermain di taman permainan.

Namun apa yang menyedihkan buat beliau apabila diketawakan oleh ramai orang berhubung usaha baik yang telah dilakukan.

Ini telah dikongsikan oleh Mustaqim Kumar Abdullah Sooria dalam Facebook miliknya. 

Kataya, beliau membasuh taman permainan di sekitar Bukit Jelutong U8, Shah Alam, Selangor kerana COVID-19 telah menyerang puluh ribuan mangsa dan mengorbankan ribuan jiwa.

Menurut Mustaqim Kumar, dia melakukan ini untuk mengelakkan ramai daripada terkena penyakit infeksi ini, yang sedang mewabak kepada kanak-kanak dan anak-anak jika kita tidak berhati-hati.

"Saya buat secara sukarela dengan niat membantu masyarakat kawasan penduduk Bukit Jelutong supaya kita jangan pandang rendah pada penyakit Virus Corona."

Cerita-cerita mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus


Setakat, Rabu, 12 Febuari 2020, lebih 45,000 telah disahkan dijangkiti, manakala angka korban ialah 1,118 orang di seluruh dunia. Di Malaysia, 18 orang telah disahkan positif COVID-19. 


Rata-rata netizen yang melihat usaha lelaki ini mengucapkan terima kasih dan menghargai tindakan yang telah beliau lakukan untuk membantu penduduk sekitar kawasan tersebut.

Jadi, kepada anda semua di luar sana, anggaplah ini usaha beliau untuk membanteras virus COVID-19 ini daripada terus merebak. Terus beri sokongan. 

Ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada mengubat!!

Dan jangan lupa pakai topeng mulut bila perlu berada dalam kelompok umum yang ramai atau berasa kurang sihat. - KitaReporters.com

2
1
0
0
0

Copy Link: