APA yang kita saksikan dalam drama Walking Dead dah jadi nyata. Satu demi satu rakyat China 'tumbang' akibat wabak Koronavirus atau Coronavirus (ConV) yang kini sudah meragut 26 nyawa yang hampir melumpuhkan sebahagian besar aktiviti di Tanah Besar dan kini merebak menyerang warga dunia. - KitaReporters.com

Kredit grafik https://www.latimes.com/


Kredit grafik https://www.cnbc.com/


Ada media menyebutnya sebagai manusia zombie, ketika sedang beratur menunggu kereta api, di stesen bas atau sedang berjalan, tiba-tiba mangsa rebah dan pengsan. 

Bila dihantar ke hospital, kakitangan hospital pula terpaksa berpakaian macam orang 'angkasa lepas' bersarung pakaian plastik. Jika tidak doktor turut tumbang, menunjukkan betapa kuatnya jangkitan virus baru merebak sebulan lalu.

Sehingga kini, hampir 30 kematian telah dilaporkan, manakala 800 disahkan dijangkiti wabak dan 10 wilayah termasuk bandar besar di wilayah Wuhan di Tanah Besar itu sudah diletakkan di bawah perintah berkurung membabitkan lebih 20 juta penduduk 'dipenjarakan'.

Ia satu 'pukulan maut' bagi penduduk negara itu kerana kerajaan turut membatalkan sambutan Tahun Baharu Cina yang dirancang secara besar-besaran. 

Tahun baharu ini sepatutnya menyaksikan berjuta-juta penduduk pulang ke kampung atau melancong menggunakan kereta api dan kenderaan. 

Bagi menggelakkan pergerakan itu, stesen kereta api ditutup dan sekatan jalan raya dibuat. 

Kerajaan China dijangka membina sebuah hospital khas dalam tempoh seminggu dengan menyediakan 1,000 katil bagi mengatasi kes kecemasan itu. China pernah menggajikan 7,000 pekerja untuk membina hospital yang sama.

Malah taman pelancongan dunia Disneyland turut menutup operasinya dan berdepan dengan kehilangan berjuta-juta pengunjung yang mahu menghabiskan musim cuti ini.

Pertunjukan akrobatik terkenal dari Kanada juga membatalkan persembahan di negara itu dan kerajaan Komunis juga mengarahkan kawasan Forbidden City ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi aktiviti di kuil dan rumah terbuka. 

Malah bandar raya di Wuhan yang menjadi punca wabak itu merebak termasuk Hubei, Ezhou, Huanggang, Chibi, Qianjiang, Zhijiang, Jingmen dan Xiantao dalam yang dihuni 11 juta penduduk juga 'ditutup' sepenuhnya.

Syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia juga mengambil tindakan membatalkan penerbangan ke negara itu.

Singapura yang dilaporkan mencatatkan dua kes telah mengambil langkah segera memastikan alat pengesan suhu badan tidak saja digunakan di pintu masuk lapangan terbang tetapi juga di daratan dan laut, manakala Jepun, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Syarikat sudah pun kes disahkan ada wabak itu.

Setakat ini, juga dilaporkan lapan orang warga Malaysia yang bersentuhan dengan rakyat China sudah dikurantinkan. 

Kredit foto Getty Images.


Pihak berkuasa China percaya sikap penduduk yang suka sangat menikmati makanan eksotik seperti kelawar, ular dan segala haiwan yang dipercayai penyebar virus Koronavirus yang berbahaya itu. 

Sebelum ini wabak saluran penafasan yang dikenali sebagai Sindrom Penafasan Akut Parah (SARS) pernah melanda seluruh dunia bermula di negara itu pada 2003. 

SARS dikesan berpunca dari tabiat warga negara itu yang suka makan daging musang.

Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan, ditutup kerana pihak berkuasa berkata, kemungkinan besar virus itu bermula di situ apabila pekerja di pasar berkenaan tiba-tiba demam, mengalami sesak nafas dan mati. 

Peniaga di pasar itu menjual musang hidup, daging buaya, anak musang, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak dan daging unta.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Gao Fu percaya wabak itu mungkin ada kaitan dengan hidupan liar yang dijual di pasar berkenaan, tetapi belum disahkan sepenuhnya. 

Walaupun negara itu mengharamkan penyeludupan haiwan yang dilindungi dan perlu dapat lesen, ramai penternak membuka ladang memelihara haiwan eksotik sebelum membunuh, melapah dan menghantar bekalan daging segar ke pintu rumah. 

Tahun lalu itulah kes demam akibat virus 2019-novelCorona dikesan membabitkan pekerja di pasar ini.

Bagaimanapun dianya awal membabitkan golongan tua dan kebanyakan penghidap kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung. Rata-ratanya juga dalam usia tua. 

Hingga akhir Disember lalu, apabila semakin ramai peniaga dan orang yang pernah berurusan dengan mereka jatuh sakit, pihak berkuasa terpaksa memberitahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Dan saat ini, WHO  masih menimbangkan ia sebagai kes kecemasan di China.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pemuliharaan Hidupan Liar dan Program Kesihatan Amerika, Christian Walzer tidak menolak 70 peratus penyakit baharu berpunca daripada hidupan liar.

Kelawar dikatakan punca SARS yang melanda dunia sekitar 2002 hingga 2003 menyerang 8,000 orang Asia kebanyakan di China. 

Walaupun usaha untuk membanteras pemakanan musang tetapi urus niaga pasaran haram tetap berlaku.

Virus Koronavirus ini asalnya daripada babi, kelawar dan haiwan kecil yang kemudian boleh 'melompat' dari satu haiwan kepada manusia sebelum berjangkit kepada manusia lain. 

Selain itu, ia juga merebak melalui batuk, ciuman atau bersentuhan dengan air liur. 

Ia menjadi demam selsema tetapi boleh meragut nyawa sebagaimana SARS dan Sindrom Penafasan Timur Tengah (MERS) yang berlaku di Timur Tengah, dikesan berpunca dari unta. - KitaReporters.com




0
0
4
1
0

Copy Link: