Kredit foto: Agensi berita Reuters


Aparteid Israel telah membunuh lebih 60 pekerja media dalam serangan genosid Gaza. Aparteid Israel telah melakukan lebih daripada jenayah perang. Menyasarkan wartawan dan pekerja media adalah terlalu ganas yang barbarik.

Kami mengecam tindakan aparteid Israel yang sewenang-wenangnya melakukan jenayah perang yang menyasarkan siapa sahaja dan apa sahaja dalam kegilaannya untuk memusnahkan bumi dan penduduk Gaza.

Yang terbaharu ialah serangan aparteid Israel yang mencederakan seorang staf dan membunuh seorang lagi kakitangan media Al-Jazeera.

Samer Abudaqa, jurukamera Al-Jazeera, terbunuh dalam serangan dron di sebuah sekolah PBB yang menempatkan IDP, manakala koresponden Wael Dahdouh cedera terkena serpihan dalam serangan Israel di Khan Yuonis, Gaza pada 17 Disember 2023.


Kredit foto: WAN-IFRA


Sehingga 15 Disember 2023 lalu, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dalam siasatan awalnya menunjukkan sekurang-kurangnya 64 wartawan dan pekerja media adalah antara lebih 19,000 yang terkorban sejak perang bermula 7 Oktober 2023 lalu.

Perang Gaza telah membuktikan salah satu konflik paling membahaya bagi wartawan dalam menjalankan tugas melaporkan pembunuhan massal ini.

Sekurang-kurangnya 63 wartawan dan pekerja media telah terbunuh sepanjang perang pada 8 Disember 2023, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan.  

Jumlah itu adalah sebanyak yang terbunuh sepanjang Perang Vietnam selama dua dekad, mengikut beberapa kiraan.

Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah rakyat Palestin di Gaza, dan berpuluh-puluh lagi wartawan Palestin telah dilaporkan cedera, hilang, atau ditangkap.

Selain itu, ahli keluarga wartawan, termasuk ketua biro Gaza Al-Jazeera dan penerbit CNN, telah terbunuh dalam pengeboman dan lebih 50 premis media di Gaza telah diserang.


Kredit foto: WAN-IFRA


Wartawan yang membuat liputan mengenai perang juga telah menghadapi serangan, ancaman dan penapisan, serta berdepan dengan gangguan komunikasi di Gaza.

Di bawah undang-undang antarabangsa, wartawan tidak boleh diasing daripada orang awam dan mereka perlu dilindungi seperti orang awam secara keseluruhan.  

Bagaimanapun, adalah menyalahi undang-undang untuk menyasarkan orang awam dengan sengaja atau melancarkan serangan yang tidak membezakan antara sasaran tentera dan orang awam, adalah juga haram untuk menyasarkan wartawan dengan sengaja.

Dalam Konvensyen Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang Awam dalam Masa Perang, dan telah disebut dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2222, khususnya bahawa wartawan dan pekerja media yang beroperasi di kawasan konflik bersenjata mesti dilayan dan dilindungi sebagaimana orang awam dan dibenarkan membuat kerja mereka tanpa gangguan yang tidak wajar.  

Serangan dengan sengaja menyasarkan wartawan, sebagai orang awam, merupakan jenayah perang.


Kredit foto; Agensi berita Reuters


Media tidak boleh dianggap sebagai sasaran ketenteraan walaupun mereka digunakan untuk tujuan propaganda melainkan mereka membuat "sumbangan berkesan kepada tindakan ketenteraan" atau mereka "menghasut jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai atau tindakan keganasan," menurut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

Kami menuntut PBB mengambil pendirian tegas mengenai pembunuhan wartawan dan kru akhbar. Aparteid Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah keji itu.

Kami menyeru pekerja media Malaysia untuk mengutuk  mereka dan mencari keadilan untuk petugas media yang dibunuh.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


8
7
0
17
0

Copy Link: