Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 28 Ogos 2023


Saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang pertama bagi tahun 2023.
Mesyuarat ini dianggotai barisan Menteri selaku Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan yang terdiri dari wakil sektor swasta, industri, akademia, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil yang telah dipilih melalui permohonan terbuka yang akan berperanan dalam mempercepat pelaksanaan inisiatif terkait agenda transformasi digital negara.
Beberapa muafakat telah dicapai. Antaranya pelaksanaan inisiatif bagi memperkukuh ekosistem syarikat pemula serta meningkatkan keterlibatan dan prestasi syarikat pemula tempatan.
Selain itu, pelaksanaan Projek Pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu dipercepat sebagai langkah keselamatan berkaitan maklumat individu yang lebih selamat.
Moga impak daripada perbincangan hari ini dapat dirasai kesemua rakyat Malaysia kelak, Insya-Allah.

9
10
0
13
0

Copy Link: