MAPIM memandang serius pendedahan Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengenai tahap korupsi membabitkan anggota penguat kuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan.

Natijahnya amat berat. Kebanjiran pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing di negara ini bertambah rumit bila penguatkuasaan dibolosi rasuah.

Malang sekali pendatang asing dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak amanah mengambil kesempatan meraih rasuah.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes-kes rasuah

Kredit foto: Video TV3



Adalah sangat berbahaya bila anggota penguat kuasa selaku barisan hadapan keselamatan negara terlibat dengan rasuah yang meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Keselamatan negara tidak boleh dikompromi. Rasuah dalam kalangan penguat kuasa akan menjadi amat parah jika tidak dibentaras. Benteng pertama negara ialah pihak penguat kuasa. Jika mereka mudah disogok, negara diambang bahaya.

MAPIM menegaskan jika slogan “Malaysia Boleh” menjadi momokan untuk membawa imej bahawa apa saja boleh dilakukan dengan rasuah dinegara ini , maka maruah negara akan tergadai.

Malaysia boleh sahaja menjadi lubuk jenayah jika penguat kuasa boleh dibeli dengan sogokkan. Tidak dinafikan bila ini berlaku pelbagai jenayah  antarabangsa boleh tertumpu di negara ini.

Pemerdagangan manusia, pusat transit dadah di rantau Asia Tenggara, pusat penipuan dan pelaburan palsu antarabangsa, judi dalam talian, Macau scam, pelacuran antarabangsa dan sebagainya jelas akan menjadi negara ini sebagai hab jenayah.



Sindrom penafian wujudnya segelintir penguat kuasa menerima rasuah tidak boleh lagi menjadi sebab tindakan mengekang jenayah tidak diambil. 

Gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa tidak boleh dianggap " kejadian terpencil”. Hatta satu kes sekalipun ia tidak boleh dipandang remeh.

MAPIM menegaskan pihak yang berkaitan perlu membenteras rasuah dalam kalangan penguat kuasa sehingga ke akar umbi.

Negara akan rosak jika setiap kehidupan seorang pendatang asing ke negara ini dijadi peluang penguat kuasa meraih peluang untuk menagih rasuah.

MAPIM mendesak supaya tindakan tegas diambil untuk mencegah kegiatan merasuah penguat kuasa di pintu-pintu masuk negara.

Kami memandang serius penyalahgunaan visa-visa pelajar asing bagi tujuan bekerja, berniaga dan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral serta melindungi kegiatan pelacuran, rumah urut, perjudian, macau scam yang kebanyakan pekerjanya terdiri daripada warga asing. 


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


Kredit foto: Kosmo

7
11
0
10
0

Copy Link: