Kredit YouTube UbahTV


Corak politik di Malaysia sentiasa dinamik dari semasa ke semasa dan paling terbaharu lepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15,menyaksikan satu lagi sejarah tercipta. 

Iaitu kerjasama antara Barisan Nasional diketuai UMNO bersama Pakatan Harapan yang di dalam itu ada parti PKR, DAP dan Amanah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. 


Dalam video lagu Kitalah Malaysia-Setia 2023 menampilkan beberapa ahli Parlimen dari parti DAP sendiri. 

Bagi meraih perpaduan dan mengekalkan sokongan daripada semua kaum di Malaysia, Anthony menampilkan lagu 'Kitalah Malaysia (Setia 2023)’ untuk menyampaikan mesej sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan

Dalam video tersebut turut menampilkan Ahli-Ahli Parlimen DAP iaitu Nga Kor Ming (Telur Intan), Hannah Yeoh (Segambut), Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), Teo Nie Ching (Kulai), Lim Hui Ying (Tanjong), Liew Chin Tong (Iskandar Puteri), Chan Foon Hin (Kota Kinabalu), Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera), Young Syefura Othman (Bentong) dan Syahredzan Johan (Bangi).  





DAP di bawah pentadbiran Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga dilihat semakin mesra dengan rakan baharu mereka yakni UMNO malah parti itu juga dilihat tidak begitu lantang bersuara berkenaan sesetengah isu seperti mana sebelum ini. 

Maka tersebut sebagai satu lagi usaha dari pihak mereka untuk menyampaikan mesej bahawa apa jua agama mahupun fahaman politik, kita tetap rakyat Malaysia yang menyokong gagasan Malaysia Madani. - KitaReporters 


Perhimpunan Nasional Kerajaan Perpaduan 2023

9
9
0
13
0

Copy Link: