Berita Terkini| Pelajar yang lanjut pengajian ke luar negara! Boleh mohon terima vaksin awal!

Published by
KitaReporters


PELAJAR-PELAJAR yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh membuat permohonan bagi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19 lebih awal.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam ciapan di Twitter, berkata permohonan vaksinasi awal boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

"Bagi pelajar yang sudah memohon melalui laman vaksincovid.gov.my sebelum ini, permohonan anda juga sah dan akan disemak," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa, 29 Jun 2021.

Menurut ciapan itu, pelajar yang ingin membuat permohonan vaksinasi awal melalui aplikasi MySejahtera boleh berbuat demikian dengan memilih ikon Helpdesk.

Selepas menu Mula, pemohon akan dibawa ke halaman Janji Temu Vaksinasi serta perlu mengambil pilihan A khusus bagi pelajar yang perlu ke luar negara untuk pengajian.

"Isi maklumat bersama dokumen MySJ ID, nombor kad pengenalan atau pasport dan pilih serta hantar dokumen berkaitan.

"Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul semasa penghantaran permohonan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
0
0
0

Copy Link: