MINYAK masak sememangnya menjadi keperluan utama untuk masyarakat di Malaysia malah di dunia. Jaranglah kita tak guna minyak masak. Bilangan yang menggunakan minyak masak lebih tinggi berbanding yang tak gunakannya. Ini bermakna jumlah minyak masak yang telah dipakai (minyak masak terpakai) akan terus bertambah dari semasa ke semasa. : KitaReporters


Habis tu, kalau tak ada minyak masak macam mana nak sediakan makanan? Ini untuk mereka yang menggunakan minyak masak ya. 

Namun begitu, selepas kita guna minyak masak, apa kita lakukan? 

Kebanyakan akan membuang begitu sahaja minyak itu kan. Jarang sangat kita gunakan untuk keperluan lain. 

Ok baik, sekarang anda tidak perlu risau lagi nak fikirkan macam mana nak buang di mana kerana sudah ada pihak akan membeli minyak masa terpakai dari anda.

 

Kredit FB PMMT


Dari buang begitu baik jual, sekurang-kurangnya dapatlah sikit duit tu dari tak ada apa-apa kan??

Kalau buang begitu saja, sudah pasti akan beri sampingan terhadap kehidupan lain terutama jenis manusia suka buang dalam sungai. Habis mati ikan dalam tu. 

Bagi yang menggunakan minyak masak sehari berkilo-kilo, pasti untung untuk dijual terutama bagi restoran, gerai makan, penjaja, hotel dan banyak lagi. 


Malah pihak ini akan memberi pula minyak masak percuma untuk setiap 25kg minyak masak yang terkumpul.

Guys, tak kan tak mahu lagi!! 

Dah la dapat duit jual minyak masak terpakai, dapat pula minyak masak percuma.


Bermula hari ini, bolehlah anda mula kumpulkan minyak masak sikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit, lepas tu jual.

Hujung bulan bolehlah dapat duit lepaslah bayar bil elektrik. - KitaReporters


0
3
0
1
0

Copy Link: