Sekolah Menengah Sains Banting di Kuala Langat, Selangor dikenakan PKPD oleh MKN selama dua minggu mulai 24 April hingga 7 Mei 2021. 


SEPULUH perkara ditetapkan untuk dilaksanakan bagi lokaliti Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) di Kuala Langat, Selangor telah diambil pada mesyuarat khas Gerak Kerja COVID-19 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menguatkuasakan pelaksanaan PKPD di BASIS selama dua minggu bermula pada Sabtu 24 April hingga Jumaat 7 Mei 2021 selepas seramai 71 pelajarnya disahkan positif COVID-19 hasil ujian saringan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumaat 23 April 2021.

Tujuan pelaksanaan PKPD bagi memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes dan membendung penularan pandemik dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.


Seramai 71 pelajar Sekolah Menengah Sains Banting di Kuala Langat, Selangor didapati positif COVID-19 hasil ujian saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kumpulan pelajar berkenaan dikenal pasti positif COVID-19 hasil daripada ujian saring ke atas 473 orang pelajar dan kesemua mereka dihantar ke MAEPS, Serdang untuk dikuarantin.

Sebelum ini, melalui kenyataan rasmi Pengetua BASIS, Rijaluddin Che Mat pada Khamis 22 April 2021, seramai 205 pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang dikuarantin di Bilik Isolasi sekolah berkenaan telah menjalani ujian saringan.

Hasil ujian tersebut 66 pelajar dikenal pasti positif COVID-19 dan sebelumnya 15 orang telah dihantar kuarantin di MAEPS dan kumpulan pertama itu dibenarkan pulang pada petang Khamis, 22 April 2021.

Antara ketetapan akan diambil untuk dilaksanakan pada mesyuarat khas mengenai Gerak Kerja GOVID-19 yang disertai Pengarah Sekolah Berasrama Penuh, Pegawai Majlis Daerah Kuala Langat, Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat yang diambil ialah:



* Semua pelajar, guru, staf dan pekerja swasta akan dikenakan ujian saringan (swab test).

* Semua makanan dari dewan makan akan diagihkan oleh Jabatan Pertahanan awam (JPAM)

* Semua bentuk penghantaran barang dan makanan dilarang buat masa ini.  

* Sepanjang PKPD pelajar dibenarkan beriadah secara bergilir dan berjadual.

* Pembelajaran pelajar melalui latihan (buku teks dan modul) yang diberikan guru sebelum PKPD.

* Pelajar akan berada di asrama sepanjang masa.

* Pejabat Kesihatan Daerah akan mewujudkan bilik gerakan dengan doktor atau pembantu perubatan bertugas memantau kesihatan pelajar 24 jam.

* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA, Pasukan Pejabat Daerah dan Jabatan kebajikan Masyarakat akan berada di kawasan sekolah sepanjang PKPD.

* Pelajar yang dikuarantin di MAEPS bila dibenarkan pulang akan terus balik ke rumah masing-masing.

* Sebarang makluman dan kenyataan terkini berkaitan PKPD dan COVID-19 di BASIS akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kuala Langat melalui pegawai daerah. - KitaReporters


Semua bentuk penghantaran barang dan makanan ke Sekolah Menengah Sains Banting di Kuala Langat, Selangor tidak dibenarkan semasa pelaksanaan PKPD selama dua minggu.

1
0
0
0
0

Copy Link: