TIDAK bermakna dek pandemik maut, penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020, bola sepak tidak boleh dimainkan langsung! : KitaReporters

POSTER e-Cabaran Kebangsaan Malaysia untuk mencari wakil ke Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA. - Kredit foto FAM


Benar, di padang-padang dan stadium-stadium sudah kesunyian orang sejak 18 Mac 2020, tetapi masih ada e-sukan yang boleh dimeriahkan anak-anak muda sambil tetap berkurung di rumah atau tanpa perlu melanggar PKP malah ganjaran kemenangan yang menanti mereka pula, cukup lumayan.

Bagaimana caranya? 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mencari pemain-pemain e-sukan bola sepak untuk mewakili Malaysia Ke 'Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa)' atau FIFA e-Nations Stay Home and Play Cup.

PERSATUAN E-Sukan Kuala Lumpur (ESKL), antara rakan kerjasama FAM dalam penganjuran e-Cabaran Kebangsaan Malaysia. - Kredit foto ESKL 


Dengan kerjasama Persatuan e-Sukan Kuala Lumpur (ESKL) dan Games Bond, pencarian pemain itu dilakukan menerusi kejohanan e-sukan dalam talian berjudul FIFA20 yang menggunakan PS4, e-Cabaran Kebangsaan Malaysia pada 17 April 2020.

PEMAIN-PEMAIN e-sukan bola sepak berpeluang bergandingan dengan pemain Harimau Malaya, 21 April 2020 jika menjuarai e-Cabaran Kebangsaan Malaysia. - Kredit foto ESKL 


e-Pemain Bola Sepak yang menjuarainya, akan bergandingan dengan seorang pemain kebangsaan, Harimau Malaya bagi mewakili Malaysia dalam Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA pada 21 April 2020.

Edisi kali ini terpaksa dilangsungkan dari kediaman masing-masing memandangkan seluruh dunia kini diselubungi pandemik Covid-19 termasuk Malaysia yang dikenakan PKP sehingga semua pertandingan bola sepak anjuran FAM tertangguh sejak 16 Mac 2020.

BAYANGKAN bagaimana gandingan pemain e-bola sepak dan Harimau Malaya berjuang dalam Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA pada 21 April 2020? - Kredit foto FAM


e-Cabaran Kebangsaan Malaysia akan berlangsung selama sehari iaitu bermula dari pukul 11 pagi hingga 10 malam pada 17 April 2020.

Hadiah terkumpul sebanyak RM1,000 menanti para pemenang termasuk satu slot ke Piala Duduk Rumah dan Bermain e-Negara-negara FIFA bagi peserta yang bergelar juara.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan E-sukan Malaysia (ESM). - KitaReporters

BARISAN pegawai kanan ESM dan persatuan e-sukan negeri-negeri. - Kredit foto ESKL

0
0
0
0
0

Copy Link: