Dr. G Rajasekaran bersama isterinya, Angila Raju dan anak mereka, R Vishan menunjukkan sijil MBOR yang yang mengiktiraf kebolehan anaknya menghafal bendera 147 negara sebagai rekod baharu. - Kredit foto MyStar.


SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun dari Port  Dickson, Negeri  Sembilan berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mengenal pasti 147 bendera pelbagai negara secara rawak dalam tempoh 15 minit yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh golongan dewasa.

Vishan Rajasekaran, anak lelaki tunggal  pasangan Dr. G Rajasekaran, 40, dan Angila Rajui, 30, itu menjalani ujian secara maya pada bulan Julai 2021 dan mampu mengingati warna serta menamakan bendera kebangsaan yang mewakili semua negara di dunia walaupun dia masih belum boleh membaca.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bendera

Pengiktirafan MBOR terhadap kebolehan R Vishan membanggakan kedua-dua ibu bapanya. - Kredit foto: Harian Metro.


Sejak kecil lagi dia begitu berminat dengan objek dan warna, malah ketika berusia dua tahun dia sering bertanya tentang warna makanan di dalam pinggannya serta mampu mengingati dengan jelas objek serta warna yang dilihatnya walaupun kejadian telah berlaku beberapa hari. 

“Sebenarnya dia membesar seperti kanak-kanak lain yang suka bermain terutama motor strider dan basikal push di mana dia pernah menjuarai satu pertandingan permainan tersebut di Singapura ketika berusia dua tahun,” kata bapa kanak-kanak pintar itu.

Menurutnya, dia mula menyedari kebolehan istimewa anak tunggalnya itu selepas membeli satu set kad yang mengandungi 10 bendera beberapa negara yang berbeza dan dalam beberapa hari Vishan berjaya menghafal semua bendera dan nama negara berkenaan.

Katanya, dia kemudian membeli beberapa set kad bendera negara lain bagi memudahkan anaknya tidur selepas menghafal bendera yang mewakili pelbagai negara dan dia kemudian menghubungi MBOR untuk menguji tahap keupayaan anaknya itu.


Selepas menunjukkan kemampuan menghafal bendera 147 negara di dunia, R Vishan (tengah) menunjukkan minat terhadap sistem solar dan sudah berjaya menghafal nana-nama planet pula. - Kredit foto: MyStar.


“Pihak MBOR telah menjalankan ujian pada bulan Julai 2021 lalu di mana ketika itu anak saya berjaya mengenal pasti 147 bendera yang mewakili pelbagai negara di dunia dalam tempoh 15 minit sebelum pencapaian tersebut disahkan sebagai rekod baharu pada 26 Julai 2021.

“Vishan suka menonton rancangan kartun yang disiarkan dalam televisyen dan kini mula menunjukkan minat kepada sistem solar dan sudah mampu menghafal nama-nama planet,” katanya yang yakin anaknya kesanyangannya mampu melakukan lebih baik sekiranya sesi ujian MBOR  dilakukan secara bersemuka.

Pasangan tersebut bercadang membawa anak mereka melawat tempat-tempat menarik seperti Planetarium Negara agar Vishan dapat memahami pelbagai perkara yang mampu membantu membentuk pemikirannya. - KitaReporters


Vishan sedang asyik menghafal warna dan bentuk bendera negara-negara di dunia.

8
6
0
9
0

Copy Link: