SELEBRITI sensasi Indonesia masa kini, Lucinta Luna, 30,  memohon maaf kepada masyarakat Indonesia sambil menangis atas kesalahan yang dia lakukan. Dia turut menasihatkan teman artis agar tidak mengikut jejaknya mengambil dadah bagi mengatasi tekanan hidup. : KitaReporters.com 

Lucinta memohon maaf dalam sidang media di Jakarta Khamis lalu dan berharap golongan selebriti tidak mengikut jejaknya mengambil dadah. - Kredit foto: Detik.com

Dia turut berterima kasih kepada pihak polis kerana menangkapnya bagi membolehkan dia menjalani kehidupan baru pada masa depan.

Lucinta berkata demikian kepada sejumlah petugas media dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Metro Jakarta pada Khamis, 13 Februari 2020.

Jurucakap polis menyatakan Lucinta kembali ditempatkan di tahanan wanita di Pejabat Polis Jakarta Barat.

Menurut Ketua Perhubungan Awam, Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus, pihak polis berpuas hati dengan status Lucinta berkelamin wanita.

Ini kerana status sebagai wanita sudah diputus oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Disember 2020 dengan nama Ayluna Putri.

Lucinta, seorang trangender sebelum ini mempunyai nama lelaki dalam Kad Tetap Penduduk (KTP) iaitu Muhammad Fatah.


Berita penahanan Lucinta masih terus menjadi bahan perbincangan di Indonesia dan menjadi bahan cerita utama dalam pelbagai stesen TV Indonesia.

Lucinta ditahan bersama tiga rakannya pada awal pagi Selasa, 11 Februari 2020 di apartmennya dan dirampas sejumlah dadah jenis ekstasi. Dan hasil ujian air kencing, Lucinta didapati positif.

Menurut Yusri, pihak polis tidak akan memberi layanan istimewa terhadap Lucinta Luna walaupun dia selebriti terkenal.

Tambah Yusri, pasukan perubatan akan memeriksa kesihatan Lucinta setelah dia mengadu kakinya bengkak selama berada dalam tahanan.

Difahamkan Lucinta tetap berlagak sebagai selebriti ketika dalam tahanan dengan memakai rambut palsu pelbagai warna dan mewarnakan kukunya. 

Lucinta meminta pembantunya membawa sejumlah rambut palsu ketika dalam tahanan. - KitaReporters,com



1
0
1
2
1

Copy Link: