Video| Aliff Syukri nak jadi ahli politik! Netizen kata jadi PM-lah! Asyraf Wajdi ajak sertai UMNO!
Published bySetelah berjaya membuktikan kebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan, kini Aliff ingin melangkah lebih jauh dengan cuba menceburi bidang politik dan bercita-cita menjadi Menteri Keusahawanan.

Tujuannya ingin menceburi bidang politik adalah untuk membela nasib rakyat yang terpinggir dan diberi pembelaan sewajarnya.
Aliff menyatakan demikian dalam hantaran tulisannya di laman Instagram dan Threadsnya.
Dia turut meminta netizen mencadangkan tempat untuk dia bertanding. Minatnya untuk menceburi politik ekoran berlaku sejumlah kesalahan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan tidak jujur menjalankan tugas.
Sebelum ini, usahawan sensasi ini meluahkan rasa kesal dengan berita berkenaan dana RM250 juta duit zakat yang didakwa ‘disakau’ beberapa pihak dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


Hasrat Aliff itu mendapat respons positif termasuk sejumlah insan seni. Antara insan seni yang memberi komen ialah Neelofa dan Reen Rahim.
Aliff membuat video dipercayai menggunakan teknologi Kecergasan Buatan (Artificial Intelligence) (AI).
Menerusi satu hantaran dalam media sosial itu, Aliff Syukri menyatakan bahawa ramai pengikutnya yang menyarankan agar dia bergelar seorang ahli politik.
Dia secara terbuka meminta bantuan daripada mana-mana menteri atau individu berpengalaman untuk mengajarnya selok-belok dunia kepimpinan.
Hendak menyertai Kabinet tidak semestinya perlu menjadi orang politik. Terdapat sejumlah individu dilantik sebagai Menteri atas pilihan Perdana Menteri dan mereka terdiri daripada golongan ahli perniagaan, ahli akademik dan tokoh dalam bidang tertentu.
Namun lebih cantik jika individu itu menjadi ahli parti politik tertentu.

Tidak menunggu lama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dilihat meninggalkan komen pada hantaran itu. Tanpa perlu ulasan panjang atau sesi temu duga, Dr. Asyraf terus mengajak usahawan itu menyertai parti tersebut.
Tindakan spontan Dr. Asyraf itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, rata-rata mereka menyokong niat jutawan kosmetik itu malah, ada juga yang meminta beliau untuk jadi Perdana Menteri.

Sementara itu ramai yang menyokong Aliff menjadi ahli politik. Ini kerana untuk menjadi ahli politik yang berjaya perlu mempunyai banyak duit. Malah ada yang mencadang Aliff Syukri menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang.

