Video| Messi vs Yamal! 19 tahun dulu Messi mandikan, dukung Yamal! Kini bertemu di padang Piala Dunia!
Published byFinal Piala Dunia 2026 pada 19 Julai 2026 menjadi pertemuan pertama Lionel Andrés Messi Cuccittini, 49, dan Lamine Yamal Nasraoui Ebana, 29, di padang selepas kedua-dua bintang bola pada 2007, ketika Yamal baru berusia beberapa bulan.

Siapa lebih menyerlah, Yamal atau Messi dalam final Piala Dunia 2026
Final Piala Dunia 2026 (atau edisi ke-23) yang akan berlangsung pada 19 Julai 2026 (20 Julai 2026, tarikh Malaysia) ditunggu-tunggu oleh masyarakat dunia.
Ia bagi melihat adakah Argentina akan kembali menjadi juara kali keempat (1978,1986dan 2022) atau Sepanyol akan menjadi juara baharu setelah menjuarai Kejohanan Eropah (UEFA Euro) sebanyak empat kali (1964, 2008, 2012, 2024)?
Namun satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu bahawa perlawanan akhir nanti menjadi pertemuan pertama Lionel Andrés Messi Cuccittini, 49, dan Lamine Yamal Nasraoui Ebana, 29, di padang.

Tetapi sebenarnya kedua-dua bintang bola ini pernah bertemu malah bertemu kulit kira-kira 19 tahun lalu iaitu ketika Yamal baru berusia beberapa bulan.
Pertemuan itu dan sentuhan tangan dianggap sebagai pencetus kemunculan Yamal sebagai bintang bola sepak dunia yang menyerlah.
Ekoran perlawanan akhir tersebut, tular semula gambar-gambar Messi bersama Yamal ketika masih bayi.

Pada akhir tahun 2007 Messi yang mewakili FC Barcelona dan berusia 20 tahun ketika itu pertama kali bertemu dengan Yamal semasa sesi penggambaran amal promosi di Barcelona.
Menurut Fox Sports, pada akhir 2007, satu cabutan bertuah amal dianjurkan akhbar sukan Sepanyol, Diario Sport dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Dan keluarga Yamal antara yang memenangi cabutan bertuah itu dan berpeluang mendapat tempat dalam sesi penggambaran promosi bersama Messi.
Sesi bergambar itu berlangsung dalam bilik persalinan Stadium Camp Nou. Stadium Camp Nou yang terletak di Barcelona, Catalonia, Sepanyol merupakan stadium rasmi dan padang keramat bagi kelab bola sepak terkemuka dunia, FC Barcelona.
Messi dilihat mendukung dan memandikan Yamal di dalam tab mandi bayi plastik berwarna biru dalam keadaan agak kekok.

Yamal dimandikan oleh Messi ketika masih bayi
Ketika sesi fotografi itu, para peserta tidak mempunyai sebarang hubungan selain daripada cabutan bertuah dan imej-imej tersebut telah diarkibkan selepas diterbitkan dalam kalendar amal 2008.
Satu daripada gambar dari penggambaran itu tular selepas ia dimuat naik dalam Instagram oleh bapa Yamal, Mounir Nasraoui, bersama kapsyen ‘Permulaan dua legenda’.

Yamal bersama bapanya, Mounir Nasraoui (kiri)
Kini takdir akan mempertemu dua bintang bola dari dua generasi ini.
Siapa akan menyerlah? Adakah si kuda tua yang masih bertenaga atau kuda muda yang punya ‘super power’ ?
Masyarakat dunia mengharapkan final Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat ini benar-benar epik dan bermutu tinggi.
Adakah Messi berjaya menambah jaringan menjadi penjaring gol terbanyak dan membantu Argentina menjadi juara dunia bagi kali keempat?
Atau Yamal akan menyerlah sebagai bintang yang membantu Sepanyol menjadi juara baharu? - KitaReporters
