Tonton bola & solat subuh! Meriahkan Piala Dunia dengan TPM di Bangi Square 2! Ada cabutan bertuah!
Published byRamai-ramai kita bersama meraikan detik bersejarah program Final World Cup dan Semarak Subuh bersama bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangi Square 2, Bangi bermula jam 12 tengah malam, Isnin, 20 Julai 2026.

Orang ramai dijemput memeriahkan final Piala Dunia 2026 Viewing Party & Semarak Subuh bersama Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangi Square 2, bermula jam 12 tengah malam, Isnin, 20 Julai 2026 ini.
Kalau final Piala Dunia FIFA, mestilah tengok beramai-ramai baru bestkan! Jadi apa kata awal pagi 20 Julai 2026 bawa keluarga, rakan-rakan ke Bangi Square 2 untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Pada program Final World Cup dan Semarak Subuh ini anda bukan sahaja berpeluang menyaksikan perlawanan akhir paling dinanti-nantikan itu di skrin besar tetapi lebih menarik dapat menikmati suasana penuh semangat, kemeriahan dan kebersamaan bersama ribuan peminat bola sepak dari seluruh negara.
Bukan sekadar menonton perlawanan akhir di skrin besar, pengunjung bakal menikmati suasana penuh sorakan, kemeriahan dan kebersamaan bersama keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat.
Sama ada anda peminat tegar bola sepak atau sekadar ingin merasai pengalaman menonton secara beramai-ramai, inilah tempatnya.

Sepanjang malam, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, Farizal Marlias dan Zaquan Adha.
Pentas juga akan dihangatkan dengan persembahan daripada Babah Naden, Ayam Kahau dan Angah Raja Lawak yang pasti menghiburkan.
Lagi menarik Dato Hattan dan Hazama juga bakal memeriahkan lagi Bangi Square 2 itu dengan persembahan menarik mereka.
Bukan itu sahaja, kemeriahan tidak berhenti di situ apabila pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah, trivia bola sepak serta memenangi pelbagai hadiah menarik.
Sambil menunggu wisel penamat ditiup, nikmati juga makanan dan minuman ringan yang disediakan dalam suasana santai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebaik sahaja perlawanan berakhir, program diteruskan dengan Semarak Subuh bersama Timbalan Perdana Menteri di Surau Al-Hamidiah, Kajang sebagai pengisian yang menyatukan semangat kesukanan, kebersamaan dan nilai kerohanian.
Jadi, tak perlu tengok final seorang diri di rumah. Ajak keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga ke Bangi Square 2 Datang awal, pilih tempat terbaik, sorak bersama ribuan penyokong, sertai cabutan bertuah dan uji pengetahuan anda dalam trivia bola sepak. Mana tahu, malam itu bukan sahaja pasukan pilihan anda bergelar juara, tetapi anda juga pulang dengan hadiah menarik!

Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita datang lebih awal ke Bangi Square 2 bagi mendapatkan tempat terbaik, menyertai aktiviti yang disediakan serta bersama-sama memeriahkan malam final Piala Dunia 2026. - KitaReporters

