Video| Janna Nick teruk dikritik penonton Famili Duo 2! Bingit, meninggi suara! Suka menyampuk juri!

Published by
KitaReporters

PELAKON, penyanyi dan pengacara, Janna Nick, 27, menerima teguran pedas daripada penonton di studio dan di rumah yang menyaksikan pertandingan realitI ‘Famili Duo’ musim kedua, episod pertama yang disiar secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada Ahad, 18 Disember 2022.

Janna didapati tidak profesonal ketika menjalankan tugas sebagai pengacara bersama dengan Sean Lee.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini dikatakan lebih meninggikan suara dan suka menyampuk juri profesional yang sedang memberi komen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Famili Duo


Tidak selesa menerima kritikan pedas penonton, Janna tampil menjawab dakwaan warganet dalam Instagramnya pada Isnin, 19 Disember 2022.

Janna menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana mahu memastikan acara berlangsung dalam tempoh masa ditetapkan.

"Itu kerja pengacara yang orang tak faham, jadi saya perlu ambil 'watak jahat' untuk potong cakap juri.

"Saya selalu ambil 'watak jahat', saya terpaksa potong dan menyampuk kata-kata juri. Tidak mengapa, biarlah orang nak cakap apa, Janna Nick menyampuk, potong cakap juri, saya terima benda itu dengan hati terbuka.

"Saya jalankan tanggungjawab sebagai pengacara di mana saya kena pastikan acara berlangsung dua jam. Kalau saya tak buat benda itu, mungkin jadi tiga jam," katanya kepada media sebaik konsert pertama 'Famili Duo' Musim Kedua itu berakhir.


Janna Nick janji baiki persembahan dalam episod-episod akan datang 'Famili Duo'. - Kredit foto: IG jannanick

Tambah Janna, dia tidak sedikit pun terasa apabila caranya mengendalikan program terbitan TV3 dikritik hebat oleh penonton dalam media sosial.

"Saya tidak boleh sakit hati dengan komen mereka. Saya tahu, kalau mereka tidak suka, tak mengapa. Insya-Allah minggu hadapan saya bagi yang lebih baik.

"Untuk malam tadi (Ahad), ini sahaja yang saya boleh lakukan sebab hendak mengawal keadaan dan masa pada persembahan minggu ini. Itu yang paling penting buat masa ini," jelas Janna.

Janna menyatakan demikian kerana ketika ‘rehat seketika’ program itu, dia sempat melihat komen sejumlah netizen yang memberi komen pedas.

Dia tidak marah akan komen para netizen, malah menerima teguran secara positif. Dia akan cuba membaiki kelemahan dalam episod pertama dan akan membaiki persembahan dalam episod kedua hingga episod terakhir iaitu pada minggu kelapan.



‘Famili Duo’ menampilkan pasangan peserta merangkumi selebriti popular yang berganding dengan ahli keluarga mereka. Sebanyak tujuh penyanyi bergabung dengan pasangan yang mempunyai ikatan keluarga.

Mereka akan bersaing setiap minggu untuk merebut juara yang menawar hadiah RM1,000 setiap minggu.

Sebanyak empat pasangan dipilih ke peringkat akhir pada minggu kelapan untuk merebut hadiah wang tunai RM100,000 sebagai juara.

Tujuh pasangan artis yang dipilih ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik beradik).

'Famili Duo' musim kedua disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam mulai jam 9 malam, setiap Ahad.  


Antara penonton yang menyaksikan 'Famili Duo' musim 2 episod pertama. - Kredit foto: IG familiduo2

Tiada penyingkiran setiap minggu. Bagaimanapun untuk terpilih sebagai salah satu daripada empat duo ke pusingan akhir, markah mingguan akan dikira.

Dari segi pemarkahan sebanyak 80 peratus ditentukan oleh  juri tetap dan 20 peratus undian atas talian daripada penonton.

Bagi episod pertama, ia dimenangi pasangan  Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu).

Berikut ialah kedudukan peserta pada minggu pertama Famili Duo:

01 Bella Astilah & Wani Kayrie (62.4 %)

02  Ayda Jebat & Fyna Jebat (59.7%)

03  Naim Daniel & Sissy Iman (58.0%)

04 Sabhi Saddi dan Fareedpf K-Clique (45.4%).

05 Ara Johari dan Shaffiq Erwin (42.6%)

06 Siti Saida dan Siti Sairah (35.4%)

07 Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (32.5%) - KitaReporters

17
10
0
12
0

Copy Link: