Video| Rasa diri dibohongi! Suami mengamuk bakar pejabat isteri! Kerana bekerja hari cuti umum!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: InfoSemarangRaya.com


LAZIMNYA hari cuti umum atau hari minggu digunakan untuk bersama keluarga selepas seminggu penat mencari rezeki

Ada sahaja aktiviti yang mahu dilakukan bersama-sama selain merehatkan badan dan minda. Bagi yang mempunyai keluarga besar, waktu ini mesti digunakan bersama-sama dan pelbagai program sudah diaturkan.

Tetapi tidak semua berpeluang gunakan hari cuti umum untuk berehat di rumah atau aktiviti bersama keluarga kerana perlu bertugas seperti biasa bagi yang bekerja ikut syif.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cemburu


Keadaan sama turut berlaku kepada seorang suami di Riau, Indonesia apabila nekad membakar pejabat isterinya, gara-gara berang  selepas ditipu oleh isterinya sendiri.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu dikatakan seorang yang kuat cemburu mengunjungi pejabat isterinya bagi membuat pemeriksaan terhadap isterinya yang mendakwa perlu ke pejabat pada hari cuti umum berikutan ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Namun alangkah terkejut si suami apabila tiba di pejabat isterinya mendapati pejabat kosong dan tiada yang bekerja. Malah isterinya juga tiada di pejabatnya.

Geram merasakan dirinya ditipu, lelaki yang dikenali IY yang turut membawa senjata kayu dan 10 liter cecair bahan bakar mengamuk dan bertindak tanpa memikirkan kesan panjang.

IY terus menyalakan api dan membakar sofa di pejabat isterinya menyebabkan api marak dengan cepat.

Bagaimanapun menyedari perbuatan sendiri, IY melarikan diri kerana tahu tindakan yang dilakukannya salah di sisi undang.



Pelaku kebakaran diberkas oleh pihak berkuasa. - Kredit foto: PublikTerkini.com


Namun disebabkan geram selepas merasakan ditipu dia terus melarikan diri, tetapi cubaan melarikan diri itu tidak kesampaian apabila pihak berkuasa berjaya memberkasnya dalam tempoh 30 minit kemudian.

Hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati suspek dipercayai curiga dengan alasan yang digunakannya isterinya memandangkan ia adalah cuti umum.

“Tidak tahulah apa masalahnya, namun dijangkakan kerana cemburu. Yang pasti kehadirannya ke sana membawa senjata. Ada juga bahan bakar 10 liter yang turut dibawa bersama,” kata polis yang dikenali Budi.

Tambah pegawai polis itu lagi, suspek bukan setakat membakar pejabat tersebut malahan turut mengancam pengawal keselamatan yang cuba menghalangnya untuk menyerbu masuk ke pejabat. - KitaReporters


Kredit foto: kompas.com

19
10
0
12
0

Copy Link: