BERTEMU dan berkumpul bersama kawan-kawan seperjuangan memang seoronok dan kerana itu ada yang menjadikan perjumpaan semula atau 'reunion' sebagai acara tahunan agar ikatan persahabatan terus terjalin erat di samping bersantai mengenang kisah lama.

Tradisi ini diamalkan oleh Skuad 4/79 sejak lebih empat dekad lalu dan terbaharu diadakan pada 17 November 2021 lalu bertempat di Kluang, Johor seiring 42 tahun usia skuad.

Skuad 4/79 merujuk kepada pelatih Inspektor Percubaan (PI) ambilan atau batch keempat serta terakhir bagi tahun 1979 melibatkan sejumlah 168 remaja lelaki menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Gurney (Semarak) Kuala Lumpur mulai 17 November 1979.

Daripada jumlah itu, 15 orang anggota skuad telah meninggal dunia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perjumpaan semula atau reunion

Sebahagian Squad 4/79 yang menyertai perjumpaan di Kluang, Johor pada 17 November 2021.


Menurut bekas Inspektor, Zaaba Aziz yang menjadi ‘orang kuat’ menggerakkan setiap perjumpaan, selain reunion setiap tahun mereka juga mempunyai kumpulan WhatsApp  'Comrads of PI (T) Skuad 4/79 ‘ yang menjadi medan berbual dan bertukar idea.

"Perjumpaan kali ini diadakan di Kampung Orang Asli Sodohok, Kahang, Kluang, Johor selama tiga hari dua malam yang hanya dihadkan kepada 10 ahli sahaja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jika keadaan biasa, kita mampu kumpulkan sehingga 100 ahli. 

"Kali terakhir perjumpaan diadakan sebelum ini di Restoran Birds Park, Kuala Lumpur pada tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda. Perubahan lokasi saban tahun bagi membolehkan anggota skuad merasai suasana berbeza setiap kali 'reunion'.

"Dalam kalangan kami pula ada yang berkhidmat sehingga bersara serta tamatkan perkhidmatan awal kerana menceburi bidang kerjaya lain pula," katanya kepada KitaReporters.


Roslan Bek Ahmad (kiri) bersama Zaaba Aziz pada perjumpaan di Kluang, Johor. 


Tambah beliau, antara Squad 4/79 yang menjawat jawatan tertinggi sewaktu dalam perkhidmatan ialah mantan Timbalan Pengarah Cawangan Khas di Bukit Aman, Komisoner (CP) Datuk Rosly Abas; bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Polis (DCP,) Datuk Roslan Bek Ahmad serta mantan Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Tan Moh Chuan.   

Katanya lagi, manakala yang meninggalkan perkhidmatan paling awal ialah Tan Sri Tan Boon Hock iaitu pada tahun 1980 sebelum beliau menceburi bidang perniagaan dan kini bergelar pemilik syarikat SENA Group of Companies dan Optimax (pakar rawatan mata). 


Rosly Abas (kiri) dan Roslan Bek Ahmad  ketika berkhidmat sebagai PDRM.


Tan Sri Tan Boon Hock iaitu pemilik SENA Group of Companies, juga anggota Skuad 4/79.


Dalam perkembangan berkaitan, Zaaba memaklumkan Skuad 4/79 sentiasa utuh dan mengambil berat hal ehwal kebajikan dan kesihatan ahli-ahli.

“Kebajikan ahli memang keutamaan kami pada usia warga emas ini. Perjumpaan adalah sebagai aktiviti kehidupan selagi hayat dikandung badan dan maana yang baik semoga menjadi contoh ikutan generasi akan datang,”ujarnya. - KitaReporters


 

 

19
13
0
14
0

Copy Link: