MEMANDANGKAN rakyat Indonesia dilihat makin kurang kesedaran dan segelintirnya tidak mahu mengikut prosedur operasi standard atau SOP yang ditetapkan, maka kerajaan republik itu akan memperketatkan suatu operasi secara besar-besaran bagi mengekang penularan wabak COVID-19. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Tindakan pihak kerajaan ini diputuskan selepas melihat masih ramai rakyat yang tidak mengendahkan protokol kesihatan yang dibina untuk memberhentikan penularan wabak bersifat pandemik itu.

Menerusi operasi yang diberi nama sebagai Operasi Aman Nusa II itu, mana-mana individu yang ingkar serta mengabaikan protokol kesihatan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 boleh didenda sehingga RM 2.1 juta atau dalam mata wang Indonesia sebanyak 7.4 bilion rupiah.

Berpandukan kepada laporan media Kompas.com, Ketua Biro Maklumat Awam, Bahagian Perhubungan Awam, Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Rusdi Hartono berkata, operasi itu bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 dengan memberikan tumpuan kepada individu yang melanggar protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Antara protokol kesihatan yang diwajibkan kepada orang ramai adalah seperti memakai pelitup muka di tempat awam.



Operasi yang dijalankan dalam skala besar ini akan diketuai pasukan polis, dengan dibantu oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI), Kesatuan Polis Perkhidmatan Awam serta komuniti masyarakat lain bagi memastikan pematuhan protokol tersebut.

“Kita semua percaya pelaksanaan protokol kesihatan bertujuan menjadi perisai kepada setiap orang supaya tidak dijangkiti wabak tersebut,” katanya.

Untuk rekod, operasi berkenaan telah memasuki hari ke-106. 

Menurut Rusdi lagi, melalui pelaksanaan protokol kesihatan ini, di samping pihak berkuasa terus mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar, mereka juga turut bertindak memberikan amaran secara lisan kepada orang ramai.

Pun begitu katanya, masih ramai yang mengabaikan amaran secara lisan itu walaupun amaran sudah diberikan kepada 21.1 juta individu.

Data terkini merekodkan sebanyak 3.2 juta amaran bertulis sudah dikeluarkan kepada orang awam oleh pihak berkuasa.

“Kita berharap menerusi operasi besar-besaran ini dapat menyedarkan orang ramai supaya sentiasa berdisiplin terhadap protokol kesihatan,” katanya lagi.

Semoga rakyat di Malaysia juga dapat terus mengamalkan SOP dan pematuhan kepada norma baharu pada setiap masa. 

Kita tidak mahu pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang atau denda sehingga setinggi yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Indonesia.

Kita mesti menang! - KitaReporters


Kredit foto: BBC.com/Indonesia

1
0
0
0
0

Copy Link: