Janna Nick, 26, yang sudah berjaya sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi mempunyai impian untuk menyumbang sebahagian daripada hasil kerja seninya untuk tujuan amal.

Kerja amal yang dimaksudkannya ialah membangunkan Kompleks Tahfiz dan Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kuala Muda, Kedah iaitu tempat dia membesar.

Mengikut perancangan asal, kompleks tahfiz itu menelan belanja  RM7 juta dan mengambil masa 2 tahun untuk  siap sepenuhnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tolong Kami, Bantu Kami




Hasrat Janna dimuatkan dalam Instagramnya. 

Setakat ini sebanyak RM400 ribu sudah dikeluar untuk pembelian tanah seluas 8 ribu meter persegi dan kerja tambak tanah.

Ia mendapat kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa masjid berhampiran, Masjid Bukit Kechil yang terdiri daripada saudara maranya.

Bagi mendirikan kompleks itu Janna atau nama asalnya Nurul Jannah Muner tidak mempunyai wang yang banyak.




Justeru dia mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membantu dan dia percaya akan kuasa doa serta sumbangan dan yakin dapat menyiapkannya mengikut jadual. Projek pembinaan akan dimulakan apabila wang terkumpul mencapai RM2 juta. 

Kompleks itu mengandungi sekolah tahfiz untuk murid sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 murid.

Walaupun kos untuk menyiapkan kompleks itu agak besar, namun Janna yakin impiannya akan wujud kerana percaya kuasa sedekah untuk jalan kebaikan. 


Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melalui akaun RHB Bank Masjid Bukit Kechil, Simpor dengan nombor akaun 22212260008978.

Bagi Janna, usaha kecil yang dilaku adalah untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. - KitaReporters

17
8
0
14
0

Copy Link: