Berita Terkini| Rompakan wang RM500k di pejabat kurier! Tiga anggota polis antara enam ditahan!

Published by
KitaReporters

Sebahagian wang tunai bernilai lebih RM200,000 yang berjaya dirampas daripada suspek ditahan. - Kredit foto: FB Polis Kedah


TIGA anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki terlibat kes rompakan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta ringgit di sebuah premis syarikat kurier di Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata anggota berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan pada 25 Jun 2021 selepas tiga lagi ahli sindiket berjaya diberkas sebelum itu.

"Berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian pada 23 Jun 2021, ahli sindiket bertindak umpil pintu utama premis sekitar jam 1.30 pagi.

"Suspek ditahan berusia di antara 30-an hingga 50-an. Tiga orang awam dan tiga lagi anggota polis yang  berkhidmat di salah sebuah ibu pejabat polis daerah di Kedah ditahan," katanya dipetik laporan Sinar Harian, 26 Jun 2021.

Tambah beliau, siasatan masih pada peringkat awal dan pihaknya juga akan menyiasat bagaimana anggota polis turut terlibat dalam sindiket ini serta turut memburu dua lagi individu terlibat.

Katanya lagi, polis berjaya menemui semula wang tunai lebih RM200,000 manakala baki wang yang hilang masih dikesan.

"Suspek yang telah ditahan kini direman tujuh hari sehingga 1 Julai 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,"ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: