Video| Ini barulah pelakon! Marc Syahmie masuk peti mayat! Demi menjiwai watak walaupun ketakutan!

Published by
KitaReporters
Hendak menjadi pelakon yang berjaya perlu menjiwai watak dengan baik dan ia perlu dilaku dengan semangat cekal dan berani.

Antara watak yang gerun untuk dibawa ialah menjadi orang mati dengan perlu dimandi, dikafan dan dikebumikan.




Bagi yang lemah semangat pasti akan mengelak untuk melakukan adegan sedemikian dan meminta pengarah menguna pelakon penganti.

Namun masih ada pelakon yang berani dan sanggup mencuba melakukan adegan berani yang menggerunkan. Ia sebagai pengalaman berguna untuk menjadi pelakon yang benar-benar berjaya dan berani.

Antara pelakon yang ingin membuktikan keberanian ialah Marc Syahmie, 26. 

Dalam episod ke-29, drama bersiri, ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ pada Jumaat, 8 Mei 2026 lalu, Amar mati dibunuh ibunya, Eva (lakonan Cik Puan Sarimah Ibrahim).



Bagi mewujudkan sensasi dalam drama itu, adegan mayat Amar dalam bilik mayat di sebuah hospital swasta perlu diadakan. Keadaan memang mengerunkan untuk Syahmie.  

Dia dimasukkan dalam beg plastik mayat warna putih, kena zip, kemudian diletakkan dalam peti mayat dan pintu ditutup. Syahmie selama ini mempunyai fobia takut dengan kegelapan dan ruang sempit. 

Tambahan pula dia diberitahu peti mayat yang diguna itu pada hari sebelumnya diguna untuk menyimpan satu mayat. 

Namun kerana ingin mencuba, Syahmie sedia mengikut arahan. 

Sebelum dimasuk dalam peti mayat yang sejuk itu, tubuh Syahmie perlu dibalut dengan plastik putih. Dia benar-benar merasa seperti mayat.  

Proses keseluruhan selesai kurang daripada sejam dan Syahmie lega berjaya melakukan adegan yang mengerunkan dirinya, malah penonton yang menyaksikan.


 



Drama bersiri  ‘Bila Cinta Menjadi Dosa’ terbitan Tanah Beris Film Production dan diarah oleh Shuhaimi Lua ini menjadi salah satu drama pilihan ramai di stesen TV negara bagi tahun ini (2026).  

Syahmie yang lahir pada 4 September 1999 mula menjadi pelakon pada 2022 melalui telefilem ‘Bintang GV Dikejar Zombie' dalam Astro Citra dan sudah berlakon dalam beberapa drama TV dan telefilem. - KitaReporters




17
15
0
6
0

Copy Link: