Pelakon Zalfa Zin melayani pelanggang ketika menjual air di pasar minggu Kuala Besut,Terengganu


PENULARAN pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal 2020 meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan harian manusia bukan sahaja masalah kesihatan dan mental malah ramai terkesan sehingga jadi penganggur kerana hilang pekerjaan dan sumber pendapatan

Tidak hairanlah ramai kalangan profesional, artis, selebriti , juruterbang dan pelbagai profesion lain sanggup turun ke lapangan/jalan melakukan apa sahaja pekerjaan yang difikirkan boleh membantu kerjaya diri dan keluarga.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan artis:

https://kitareporters.com/search?search=artis


Zalfa Zin



Selebriti Zalfa Zin adalah antara golongan orang seni yang terkesan dengan penularan pandemik yang sedang dihadapi rakyat negara ini kerana sumber pendapatan yang mengharapkan kerjaya lakonan kini semakin pudar kerana tidak dapat berlakon. 

Zalfa, 28, anak kelahiran Besut, Terengganu kini berada di kampung halamannya di Bandar Jertih sejak sebulan lalu selepas terperangkap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut.

Sejak itu, dia menjalankan perniagaan menjual air berperisa termasuk air kelapa di sekitar pasar minggu di Besut.

Zalfa yang kini turut menjadi perhatian kerana kemunculannya dalam drama bersiri “Rahimah Tanpa Rahim” yang sedang ditayangkan di stesyen TV3.

Ketika ditemui di pekan nelayan Kuala Besut pada Isnin, 22 Februari 2021, Zalfa berkata, beliau kini menghabiskan masa dengan membantu keluarganya menjual air secara bergerak di sekitar daerah itu.


Aalfa (duduk dua dari kiri) bersama barisan pelakon drama Petri Saadong


“Walaupun berada di kampung halaman sendiri saya tidak kekoh dan malu menjalankan perniagaan ini kerana ia juga sebahagian daripada kerja,” katanya.

Zalfa atau nama sebenar Norzafifah Mohd Zin, bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmod, Besut, mengakui kerjaya lakonan yang disertai sekarang adalah secara bidang terjun dan tidak pernah mendapat latihan atau kursus dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, katanya, minat yang mendalam dalam bidang lakonan menyebabkan beliau kini terjerumus dalam kerjasa seni dan lakonan.


Pelakon dan model, Zalfa Zin


Antara drama yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon ialah Bukan Gadis Biasa, Wasiat Dari Jordan, Putri Saadong, Jalan Sesat Ke Syurga dan Inspektor Baniel.

Bagi peminat drama bersiri TV yang sedang ditayangkan sekarang, Zalfa muncul dengan memegang watak bekas penagih dadah.  

Zalfa juga pernah berlakon dalam Badang, Kampung Drift, Setan Munafik, Volkswagen Kuning dan Ksatria. 



Pembabitan Zalfa dalam kerjaya seni bermula pada 2014  yang menghiasi layar kaca televisyen menerusi drama-drama terkemuka seperti Lara Aishah, Sayangku Kapten Mukhriz, Gerak Khas (Episod Kifirah), Cindai, Bukan Gadis Biasa dan Degup.

Beliau yang juga aktif dalam bidang peragawati dan peragaan (modelling) bekerja dengan ramai pengarah tersohor dan tidak pernah cerewet bila diberi tugas dan tanggungjawab untuk berlakon. - KitaReporters

 

124
61
31
34
31

Copy Link: