Video| Mantap kak! Suka hati kau je nak cup parkir! Tak ada cup! Tak ada! Tak ada! Kan kena bebel!

Published by
KitaReporters


Isu cup parking adalah satu amalan yang tidak patut dijadikan sebagai sebuah budaya kerana tindakan ini tidak adil untuk mereka yang bersusah payah mencari tempat untuk meletak kereta.

Namun sebuah video telah tular baru-baru ini menyaksikan seorang wanita yang sedang membebel mahu meletakkan kenderaan di hadapan deretan kaki lima di sebuah kawasan kedai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memakir kereta atau parking


Apa yang membuatkan wanita ini berasa bengang apabila seorang wanita yang kelihatan di situ sedang cup parking kosong sambil menuding jari ke arahnya sebagai tanda akan ada kereta masuk.

Tetapi, wanita yang sedang memandu kereta ini bertindak mengomel semula kepadanya mengatakan:

Tak ada cup. Tak ada, tak ada. Ke tepi, ke tepi. Suka hati kau je nak cup parkir. Eh,” mengomel wanita itu.

Disebabkan itu wanita yang tadi sedang berdiri terus beralih apabila pemandu wanita berkenaan terus meletakkan keretanya di tapak parking tersebut.



Rata-rata netizen yang menonton video ini berasa geli hati dengan tindakan pemandu ini dan latar belakang muzik yang sangat geli hati dengan kejadian yang berlaku. 

Pelaku bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya di bawah Seksyen 119. - KitaReporters


14
11
0
13
0

Copy Link: