Dato’ Seri Maria Menado, 94, merupakan antara insan seni yang hampir dilupa walaupun pembabitan dalam industri filem Melayu bermula seawal 1951 melalui filem ‘Penghidupan’ bersama Tan Sri P Ramelee arahan BN Rao. 




Dia terbabit dalam 26 filem dengan sebahagiannya memegang peranan utama. Dia adalah antara primadona awal filem Melayu.

Maria Menado juga merupakan penerbit wanita pertama filem Melayu melalui Maria Menado Film Production. Antara 1961-1963 sebanyak 4 filem berjaya diterbitkan iaitu ‘Siti Zubaidah’, ‘Darahku’, ‘Bunga Tanjong’ dan ‘Pontianak Kembali’.

Dan satu lagi perkara yang membanggakan ialah Maria Menado berjaya menjadi permaisuri di negeri Pahang. Dia berkahwin dengan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah pada 1963 dan berpisah mati pada 1974 dengan mempunyai  3 putera.

Ketika menjadi permaisuri, Sultan Pahang mengharamkan tayangan filem lakonan Maria di pawagam di negeri Pahang. 

Dan pengaruh pengharaman tayangan tayangan di Pahang turut berjangkit di negeri-negeri lain di Malaysia serta tayangan di TV.   

Setelah kemangkatan Sultan Abu Bakar dan diganti Sultan Ahmad Shah. Dan Maria meminta keizinan filem-filem lakonannya ditayang semula dan kebenaran diberi. 




Maria Menado mencipta nama melalui trilogi filem ‘Pontianak’nya ketika bersama Kris Film Production.

Bagaimanapun hasrat untuk menyaksikan semula trilogi ‘Pontianak’nya iaitu ‘Pontianak’, ‘Dendam Pontianak’, dan ‘Sumpah Pontianak’ tidak kesampaian.

Ini kerana pemilik bersama Cathay Kris, Ho Ah Loke telah membuang sejumlah filem terbitan syarikat filem di Singapura itu ke Sungai Gombak, Kuala Lumpur.

Setelah berpisah saham dengan jutawan Loke Wan Thoh pada 1959, masing-masing menentukan hak pemilikan filem yang telah dikeluar antara 1953-1958. Kedua-dua tauke ini setuju melalui cara cabutan undi. 

Dan Ho Ah Loke berjaya memperoleh 25 judul filem termasuk trilogi filem ‘Pontianak’ iaitu ‘Pontianak’, ‘Dendam Pontianak’ dan ‘Sumpah Pontianak’ dan membawa golongan judul-judul itu ke banglonya di Kuala Lumpur.


Ho Ah Loke berpecah saham Cathay Kris Film dengan Loke Wan Tho (kanan).


Menyimpan golongan filem dalam bentuk seluloid memerlukan ruang yang luas dan berhawa dingin 24 jam. Ini tidak disenangi isteri Ho kerana selain menyesakkan mata, ia juga menggunakan bil elekrik yang tinggi. 

Selain itu difahamkan isteri Ho mengesyaki si suami pernah menjalin hubungan dengan Maria dan mahu filem-filem lakonan Maria dimusnah. 

Selain trilogi ‘Pontianak’, Maria turut memegang peranan penting dalam filem ‘Selamat Hari Raya’ dan ‘Orang Lichin’.  

Ho yang ingin menyelamatkan rumah tangganya terpaksa membuang 25 filem yang sudah dipersetujui menjadi haknya ke Sungai Gombak, Kuala Lumpur. Dia juga mungkin berfikir judul filem yang telah dikeluarkan itu sudah tidak bernilai.

Kerana kecewa dengan musnahnya trilogi filem Pontianak’, Maria menghasilkan filem ‘Pontianak Kembali’ dalam warna pada 1963 di bawah Maria Menado Production.


Ho Ah Loke (kanan) membuang 25 judul filem Melayu ke dalam Sungai Gombak. - Kredit gambar: Channel 20 Sen


Maria dilahirkan pada 2 Februari 1932 di Menado, Sulawesi, Indonesia dengan nama asalnya Liesbet Dotulong.

Ketika berusia 17 tahun, dia yang  mempunyai paras menawan dipilih menjadi model kebaya ke Singapura. 

Dia kemudian ditawar berlakon di Malay Film Production (MFP) dengan filem pertamanya. 

Di Singapura, dia jatuh cinta dengan promoter tinju dan penulis skrip, A. Razak Sheikh Ahmad lalu berkahwin pada 1950-1953 dan mempunyai dua anak perempuan.

Dia memilih nama Maria ketika memeluk Islam. Ini kerana dia  tertarik dengan Maria Hertogh iaitu gadis Belanda yang telah diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Islam dan diberikan nama ‘Natrah’.  Natrah kemudian dikahwinkan oleh ibu bapa angkatnya pada tahun 1950 sewaktu berumur 13 tahun. Peristiwa itu menjadi rusuhan di Singapura.

Maria berkahwin kali kedua pada tahun 1963 ketika berumur 30 tahun dengan Sultan Abu Bakar dan menjadi Permaisuri Sultan Pahang sehingga bercerai mati pada 1974. 

Setelah berhenti berlakon sejak 1963, Maria muncul kembali dalam filem komedi ‘Our Sister Mambo’ pada 2015.


Maria Menado dan Sultan Abu Bakar, Pahang


Maria Manado yang berkahwin tiga kali meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 94 tahun di Hospital KPJ Damansara, pada Khamis, 30 April 2026. 

Jenazah dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Kepergian Maria Menado meninggalkan sejumlah sejarah berharga dalam perkembangan bidang filem Melayu. Ia boleh dijadikan bahan untuk tesis pelajar perfileman di universiti. - KitaReporters


Senarai filem yang dibuang Ho Ah Loke ke dalam Sungai Gombak:

01: Pontianak

02: Dendam Pontianak

03: Sumpah Pontianakg

04: Selamat Hari Raya

05: Orang Lichin

06: Irama Kasih

07: Dondang Sayang

08: Perindu

09: Terang Bulan Di Malaya

10: Ramli Ramlah

11: Bunga Pesta

12: Insaf

13: Dahlia

14: Mega Mendong

15: Nafsu

16: Saudara-ku

17: Untuk Sesuap Nasi

18: Hilang Gelap Datang Terang

19: Bunga Percintaan

20: Che Mamat Parang Tajam

21: Adam22: Pertarohan

23: Azam24: Pertarohan

25: Duka Nestapa

9
11
0
6
0

Copy Link: