Ramai sekali yang ingin melihat perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Alsagoff Syed Abdul Rahman, 33, dan pelakon serta penyanyi Bella Astillah (Dayang Ara Nabellah Awang Astillah), 32, sebagai perkahwinan paling meriah atau disebut sebagai Wedding of the Year bagi 2026.




Justeru tarikh akad nikah bagi pasangan sensasi yang dikenali dengan tagline (slogan/nama ikutan) atau hashtag (tanda pagar) BASS ini sentiasa dinanti apabila pasangan ini memberitahu ia akan berlangsung pada tahun 2026 ini juga.  

Pasangan yang bertunang pada Sabtu, 28 Mac 2026 lalu setelah SS melamar di puncak Gunung Kinabalu masih berahsia dan hanya menyatakan masanya tidak lama lagi. 

Ini membuat ramai yang membuat jangkaan sendiri tarikh pernikahan BASS.

Melalui sumber yang boleh dipercayai tarikh penikahannya adalah pada hari Jumaat, 26 Jun 2026 (26062026) atau 10 Muharam 1448 Hijrah.

Ini kerana BASS ingin memberi kenangan abadi dalam perkahwinan mereka setelah memilih untuk berkahwin dalam tahun 2026. 

Melamar di puncak Gunung Kinabalu

Memilih tarikh hari lahir masing-masing tidak sesuai kerana hari lahir ke-32 Bella sudah berlangsung pada 15 Mac 2026. Sementara hari jadi Syed Saddeq ke-34 adalah pada 6 DIsember 2026.

Pada awalnya, BASS bercadang untuk bernikah pada bulan haji 2026, namun ada beberapa perkara perlu diselesai membuat hari akad terpaksa dianjak sedikit.

Lalu setelah mendapat pandangan beberapa pihak, BASS memilih tarikh 26062026 untuk akad kerana ia adalah Tarikh cantik, pada hari Jumaat dan berlaku pada 10 Muharam 1448.

Dan majlis akad itu juga difahamkan akan disiar secara langsung (live) oleh stesen TV Astro seperti yang telah dilakukan pada majlis pertunangan dahulu. 

Dan dijangka tetamu kehormat pada majlis akad dan majlis resepsi itu adalah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan sejumlah ahli politik dan ahli peniagaan dijangka turut diundang.


Syed Saddiq dan Bella dpadahari pertunangan mereka.

Majlis akad dijangka akan ditonton oleh lebih ramai peminat berbanding tontonan majlis pertunangan dahulu yang menurut laporan mencatat 130 juta tontonan dalam pelbagai media sosial.

Syed Saddiq juga dipercayai akan memberi kejutan pada majlis akad.

Pada majlis pertunangan, Syed Saddiq memberi hadiah unik dan bermakna berfokuskan masa depan, seperti pembukaan akaun Tabung Haji untuk Bella dan pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak Bella,  Ayden Adrean dan Ara Adreanna.  

Mungkin bagi majlis akad, Syed Saddiq dijangka akan memberi kejutan yang lebih besar untuk kesejahteraan sekeluarga mungkin membabitkan hadiah rumah dan kereta.



Sementara itu, majlis resepsi sebelah Bella dijangka diadakan di kampungnya di Sandakan, Sabah paling lewat akhir tahun 2026.

Apa yang diharapkan oleh masyarakat ialah perkahwinan BASS benar-benar menjadi ‘Wedding of the Year’ bagi tahun 2026 ini. - KitaReporters
 


14
4
0
11
0

Copy Link: