Gambar  hiasan... ASF hanya boleh datangkan maut kepada babi dan tidak berbahaya kepada manusia


DEMAM Babi Afrika(ASF) kini melanda 10 daerah di Sabah dengan lapan daripadanya diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, wabak virus tersebut tidak berbahaya kepada manusia sebaliknya hanya boleh membawa maut kepada babi atau khinzir. 

“Daerah terlibat ialah Kinabatangan, Lahad Datu, Sandakan, Pitas, Beluran, Kota Marudu, Telupid dan Tongod, Tawau dan Nabawan. 

“Walaupun Sandakan diisytiharkan sebagai salah satu daerah wabak ASF, namun ia tidak merebak ke ladang pengeluaran babi utama di daerah itu. Manakala di Nabawan pula, satu kes aktif dikesan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) selepas 169 babi berjanggut liar telah dilaporkan positif ASF, 18 April (2021) lalu. 

"Setakat ini, kita telah memusnahkan 398 ekor babi, manakala 535 ekor pula mati disebabkan penyakit demam. Penternakan babi disyaki menjadi sumber babi yang dijangkiti akan dikuarantin hingga tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya dipetik oleh Harian Metro, 24 April 2021.

Tambah beliau, JPVS juga mengadakan 234 kempen kesedaran di 14 daerah yang bertujuan untuk mendidik orang awam mengenai penyakit terbabit. sekali gus sebagai usaha mengelakkan ASF merebak. KitaReporter


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
2
0
0
0

Copy Link: