RasuahBusters merakamkan ucapan tahniah atas penubuhan kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperolehi mandat untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Ketua Pasukan RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ini adalah masa penting untuk manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan. 
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kes-kes rasuah



"Untuk itu, hanya barisan pasukan menteri-menteri yang teguh dan berwibawa berhak dilantik di kedudukan berkenaan.  
"Demi rakyat, dan jika anda benar-benar ikhlas, RasuahBusters menggesa untuk kriteria berikut dipenuhi dalam lantikan Menteri-Menteri Kabinet Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media pada 24 November 2022.

Kriteria-kriteria itu adalah :

1. Berkemampuan
Menteri yang dipilih harus mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengetahuan tentang kementerian yang akan diterajui.
2. Pencapaian
Menteri yang dipilih mempunyai sejarah dan rekod pencapaian yang baik dalam bidang berkaitan dan mempunyai kelayakan yang sesuai dengan peranan kementerian.
3. Mengutamakan agenda rakyat
Menjadikan isu rakyat antaranya ekonomi, peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan sara hidup sebagai keutamaan dalam pentadbiran.
4. Berintegriti dan jujur
Lantikan adalah dengan syarat bahawa menteri-menteri akan memastikan ketelusan pentadbiran dan menghapuskan ketirisan. 
5. Isytihar harta
Menteri-menteri harus mengisytiharkan aset mereka dan ahli keluarga sebagai langkah mencegah konflik kepentingan, pemilikan tidak wajar dan meningkatkan integriti.

"Sekiranya tiada dalam kalangan ahli dewan yang memenuhi kriteria tersebut, maka RasuahBusters mengesa agar Perdana Menteri bersedia melantik daripada kalangan pakar dan profesional yang tidak terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih bagi menunaikan tanggungjawab berkenaan. 
"Membawa gerakan #NilaiMoralKarakterBangsa daripada rakyat kepada rakyat, RasuahBusters bersama 524 rakan gabungannya akan terus berperanan memastikan rekod prestasi pentadbiran negara ini dipantau dalam tempoh 30 hari, 60 hari, 100 hari dan seterusnya agar Malaysia benar-benar kembali pulih dan integriti menjadi asas kepada kestabilan sebuah #MalaysiaTanpaRasuah," tegas Hussamuddin dalam kenyataan tersebut. - KitaReporters

12
8
0
10
0

Copy Link: