SELEPAS dua tahun tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19, hasrat ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Besut, Terengganu untuk mengadakan lawatan bermaklumat ke ibu negara dan selatan tanah air akhirnya tercapai. 

Rombongan seramai 40 ahli diketuai Pengerusinya, Abdul Rashid Awang, sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat COVId-19 dan akhirnya dapat memenuhi hasrat ahli apabila lawatan tersebut direalisasikan bagi memberi manfaat kepada ahli.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pesara-pesara

Abd Rashid Awang


Lawatan bermaklumat empat hari  bermula 20 Februai 2022 hingga 23 Februari 2022 itu memilih ibu negara Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya dan Melaka sebagai destinasi pilihan. 

Menurut Abdul Rashid, lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada ahli mengenai perkembangan semasa dengan  berkongsi lawatan ke tempat-tempat yang berfaedah kepada ahli-ahli.


Peserta Wanita bergambar kenangan bersama Idris Jusoh di Tingkat 49 Menara FELDA,Kuala Lumpur


Peserta lawatan PPKM Besut merakamkan gambar kenangan bersama Idfris Jusoh di Tingkat 49 Menara FELDA di Kuala Lumpur


Katanya, ketika berada di ibu negara pihaknya memilih melakukan lawatan dengan melawat Ibu Pejabat FELDA, Kumpulan Media Karangkraf, dan Pusat Percetakan Al-Quran di Putrajaya.

Beliau berkata, ketika berkunjung ke Ibu Pejabat FELDA, pihak pengurusan diketuai Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, menyambut ahli rombongan dan memberikan taklimat mengenai perkembangan semasa agensi tanah terbesar negara itu.


Ahli PPKM Besut yang melakukan lawatan bermaklumat bergambar kenangan dengan Nasir (berdiri dua dari kanan)  ketika melawat Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, Selangor


Abdul Rashid (kanan) menyampaikan cederamata PPKM kepada Nasir di Kompleks Karangkraf, Shah Alam


Manakala Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah pula menyambut ahli rombongan dan menyampaikan taklimat mengenai proses pelbagai penerbitan bercetak di syarikat media berkenaan.

Selain itu, peserta turut berpeluang melawat Pusat Percetakan Al-Quran (Kompleks Nasyrul Quran) di Putrajaya yang disambut oleh pihak pengrusan dan dibawa melawat di pelbagai unit dalam industri percetakan Al Quran terbesar negara.


Ahli PPKM Daerah Besut bergambar kenangan di Pusat Percetakan Al Quran di Putrajaya


Abdul Rashid berkata, ketika di Melaka tidak ada lawatan rasmi kepada jabatan dan agensi kerajaan sebaliknya penganjur memberi kebebasan kepada peserta untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Bersejarah tersebut.

“Alhamdulillah peserta amat teruja dan berpuas hati dengan program berkenaan kerana ia dapat memberi ilmu pengetahuan kepada setiap peserta,” katanya. 

Abdul Rashid berkata, persatuan itu yang ditubuhkan pada November 2011 kini mempunyai 600 ahli yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pusat dan menjadikan ahli paling ramai di Terengganu.

"Lawatan tersebut bukanlah pertama kali dilakukan oleh pihak PPKM Besut mengadakan lawatan, sebaiknya sebelum pandemik melanda negara pihak persatuan pernah mengadakan lawatan ke luar negara termasuk Thailand dan Vietnam,” katanya. - KitaReporters


Idris menyampaikan cederamata kepada seorang peserta lawatan di Menara FELDA

19
12
1
10
1

Copy Link: