Inna lillah wainna ilaihi rajiun.. Pelakon veteran Hisham Ahmad Tajudin, 76, meninggal dunia pada jam 4.30 petang, Rabu, 12 Oktober 2022 selepas dirawat di Hospital Shah Alam (HSA) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Hisham pergi dengan tenang di sisi anggota keluarga. 

Hisham ditidurkan di Unit Kebergantungan Tinggi (HDU), HSA sejak akhir bulan September 2022, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga, kata anaknya Aqeela, 26.

Tambahnya, pihak hospital memberitahu ayahnya dalam keadaan tenat dan anggota keluarga dibenar melawatnya sehingga meninggal dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon-pelakon veteran


Hisham dimasuk ke Hospital Shah Alam (HAS) pada 29 September 2022, selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan

Allahyarham Hisham ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam, Seksyen 27 di Shah Alam pada 13 Oktober 2022.



Allahyarham Hisham mula aktif berlakon pada tahun 1980.

Filem pertama lakonannya ialah ‘Tsu-Feh Sofiah' arahan Datuk Rahim Razali pada 1986. Dan lakonan filem terakhirnya ialah ‘Syurga Cinta’ pada 2009.

Filem-filem lain yang pernah dilakonnya ialah ‘Perempuan’ (1988), ‘Wira Angkasa’ (1987), ‘Hanny’ (1993), ‘Putera’ (1995), ‘Black Maria’ (2003), ‘ Kemarau Cinta’ (2005), ‘Qabil Khusry Qabil Igam’ (2007), ‘Selamat Pagi Cinta’ (2008) dan ‘Syurga Cinta’ (2009). 

Hisham juga berlakon dalam puluhan  drama. Antara drama popular lakonannya adalah ‘Dalam Hati Ada Cinta’ (2004), ‘Dalam Hati Ada Cinta 2’ (2005) dan ‘Tok Ayah’ (2014).

Beberapa bulan lalu dalam temu bual dengan sebuah portal, Hisham yang merupakan pesara kerajaan ini merasa terkilan apabila dilupakan produser dan pengarah sedangkan dia masih boleh berlakon. 

Al-Fatihah. - KitaReporters


11
11
0
11
0

Copy Link: