Nasihat buat Lee Zii Jia! Lantik jurulatih jika nak terus berjaya! Lee Chong Wei sedia beri motivasi!

Published by
KitaReporters


Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk melantik seorang jurulatih jika ingin terus berjaya di dalam dunia badminton. 

Bagi Chong Wei, peranan jurulatih bukan sahaja melatih pemain tetapi dapat melakukan analisis dalam setiap perlawanan serta sokongan moral kepada pemain tersebut. 

Peranan jurulatih juga amat penting bagi memastikan pemain itu terus berada di landasan terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton


Menurut Chong Wei, beliau sendiri telah dilatih oleh ramai jurulatih dan ia salah satu penyebab mengapa dirinya mampu bertahan terus di puncak prestasi. 

Pada masa yang sama, melihat prestasi Zii Jia ketika ini, pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik ini berharap beliau dapat bangkit kembali ke kemuncak prestasinya. 

Pemain berusia 24 tahun ini memerlukan motivasi agar ia tidak menjadi seperti pemain Jepun, Kento Momota. 

Momota berada dalam fasa begitu sukar untuk kembalikan prestasinya selepas terbabit kemalangan di Malaysia pada tahun 2020.

Tahun ini 2023, permulaan prestasi Zii Jia agak teruk selepas tersingkir pada pusingan awal dalam tiga kejohanan penting. 

Malah, ranking beliau turut jatuh dari kedudukan kedua dunia kepada keempat dunia ketika ini. 

Oleh itu, Chong Wei bersedia untuk memberi kata-kata semangat buat pemain perseorangan lelaki negara ini agar mental beliau dapat dikembalikan. - KitaReporters


17
13
0
10
0

Copy Link: