Video| Cekap dan tangkas! Pelayan restoran dipuji layan pelanggan sepantas kilat! Ini baru servis!

Published by
KitaReporters


SEBAGAI pelayan restoran anda perlulah cekap dan melayan pelanggan dengan cermat agar mereka mendapat perkhidmatan dengan cepat dan layanan yang sangat bagus semasa menikmati makanan yang disediakan.

Jika lambat sampai atau layanan yang sangat tak memuaskan pasti pelanggan marah

Berbeza dengan seorang pelayan yang tular dalam sebuah video TikTok yang kelihatan sangat cekap semasa menghantar makanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerjaya pelayan


Kelihatan pelayan ini berlari dengan sangat laju semasa menghantar makanan kepada pelanggan di sebuah restoran yang beliau kerja sehingga mencuri perhatian warga maya yang menonton video ini.

Video ini telah dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Tiktok yang memperlihatkan aksi pelayan ini yang sangat cekap dan pantas semasa menghantar makanan tanpa menghiraukan sekeliling dan fokus pada kerjanya sahaja.



Lebih mengharukan apabila dia dilihat tidak terjatuh langsung dan tidak gelabah, malah beliau dilihat sangat profesional.

Rata-rata warga maya yang menonton video ini terhibur dan sangat memuji pelayan ini yang sangat laju dan tangkas semasa melakukan tugasan untuk mencari rezeki. - KitaReporters




9
11
0
8
0

Copy Link: