KETIKA filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ mencatat kutipan menghampiri RM100 juta dan menjadi filem tempatan pertama mencatat kutipan tertinggi, terdapat sebuah lagi filem tempatan yang bakal mencatat kutipan hampir sama.

Ia adalah filem ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’. Ia juga filem bercorak perjuangan, cuma bezanya perjuangan zaman moden dan sesuai untuk tontonan semua bangsa di Malaysia dan sesuai untuk pasaran antarabangsa.

Filem ini sudah memperlihatkan perkembangan positif. Baru empat hari tayangan iaitu sejak Khamis 25 Ogos hingga Ahad, 28 Ogos 2022, filem ini berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM8 juta dalam di pawagam seluruh negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem



Pencapaian membanggakan ini diumum dalam Instagram filem tersebut. 

Turut diumum berita membanggakan apabila filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See ini turut dirancang ke pasaran antarabangsa dengan yang sudah pasti ialah Korea Selatan, Jepun dan Taiwan selain Singapura dan Brunei Darussalam.

‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, GSC, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.



‘Air Force The Movie : Selagi Bernyawa’ menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya, Sara Ali dan Carmen Soo.

Filem yang menemui penonton sejak 25 Ogos 2022 turut ditayangkan serentak di Brunei dan Singapura.

Bagi mereka yang telah menonton filem ini memuji persembahannya yang memang sesuai untuk tontonan pelbagai kaum dan bertepatan untuk pasaran antarabangsa. 



Sementara itu, filem tersebut tidak hanya mendapat pujian penonton malah pengarah Syafiq Yusof yang menyifatkan produksi filem itu cukup luar biasa selain lakonan barisan pelakon membanggakan.

Menurut pengarah filem ‘Abang Long Fadil 3’ ini, tidak mudah menghasilkan filem sebegitu selain kehebatan sesebuah filem itu subjektif kerana selera penonton itu berbeza namun karya berkenaan jelas memperlihatkan usaha dan kesungguhan bagi menghasilkan naskhah berkualiti.

"Kita dapat lihat bagaimana pasukan produksi memberikan sepenuh jiwa raga mereka untuk menghasilkan yang terbaik demi penonton Malaysia. Semangat ini harus dicontohi oleh semua pembikin filem Malaysia.

"Ayuh! Sokong filem tempatan!," katanya menerusi hantaran dalam Instagram.



Bagi menarik orang ramai ke pawagam, pihak penerbit mengguna kaedah tersendiri. 

Caranya ialah dengan memberi tayangan percuma 10 minit awal filem ini dalam saluran YouTube ‘Multimedia Entertainment’.

Orang ramai yang menonton tayangan percuma selama 10 minit ini pasti berminat untuk menonton tayangan sepenuhnya di pawagam termasuk dengan sistem suara canggih.  

Filem ‘Force The Movie : Selagi Bernyawa’ dijangka bersaing sengit dengan filem  ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ dalam Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) untuk perebutan kategori dan diumum sebagai ‘Filem Terbaik’ FFM32. - KitaReporters


15
11
0
10
0

Copy Link: