Video| Aina Abdul sedia untuk bersuami? Tapi tak terlibat bidang seni! Peluang kepada bukan artis!

Published by
KitaReporters
Aina Abdul adalah insan seni tempatan generasi baharu yang berbakat besar. Selain boleh menyanyi dengan baik dan punya gaya pesembahan tersendiri, Aina juga seorang pencipta lagu yang berbakat besar.




Dalam terus meniti karier dan berada dalam tahap selesa tidak sedar usia semakin meningkat dan bakal berusia 33 tahun pada 25 Oktober 2026.

Dalam usia sedemikian, seorang wanita seharusnya sudah mempunyai pasangan hidup.

Dalam wawancara program ‘Pagi on Suria’ di Suria Radio FM baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani ini mengaku sebelum ini pernah bercinta dengan pemuda luar negara. Namun jodoh tidak kesampaian. 




Pemegang sarjana muda muzik kontemporari ini ingin kembali menyulam cinta untuk dibawa ke alam perkahwinan selamanya.

Menurut Aina dia tidak memilih ciri teman hidup dan tidak memandang harta. Namun dia ingin memastikan teman hidupnya tidak terlibat dalam industri hiburan.

Kata Aina, dia takut melihat sejumlah teman yang menjalin hubungan sesama bidang seni menghadapi masalah.

Tambahnya apabila balik rumah, dia mahu mengelak bercakap dengan suami berkaitan bidang seni.

Pengakuan Aina ini menutup peluang insan seni untuk memikat hatinya. Tetapi jika anda lelaki bukan dalam bidang seni masih ada peluang untuk menyunting Aina.





Aina turut ditanya mengapa membuat penggambaran video di Jepun dan menggunakan seorang pemuda Jepun sebagai model.  

Menurut Aina ia ada kaitan dengan impiannya yang tidak kesampaian. Dia pernah merancang untuk berhibur di Jepun bersama kekasih terdahulu.

Lagu ‘Berjauh-an’ merupakan ciptaan sepenuhnya Aina mula dilancarkan pada 24 April 2025. Ia berdasarkan kisah yang pernah dialaminya iaitu kahwin tak jadi. - KitaReporters


9
18
0
10
0

Copy Link: